Sunday, December 23, 2007

Perasaan yang Hampa


Hari ni, aku bersiap-siap nak ke KL.
Hanya dua tujuan sahaja kenapa aku ke KL.
Pertama, aku hendak membeli kabel USB to IDE.
Kedua, aku ingin berjumpa dengan Az (kekasih hatiku).


Aku menaiki komuter dari Seremban dalam jam 8 pagi
dan sampai di Plaza Low Yat dlm jam 10 pagi.
Aku mula mencari telefon awam,
dalam benakku ingin membuat kejutan pada Az bahawa aku berada di KL ketika itu.

Mata ku melilau mencari telefon awam di plaza itu,
Aku terpaksa ke Plaza Bukit Bintang kerana
Plaza Low yat tak ada telefon awam.

Usaha ku berhasil. Lalu aku mula mendail nombor telefon bimbit Az.

"Hello, Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Az?" Kataku.

"Hello, Wa'alaikumussalam. Ya, saya bercakap." Katanya.

"Az ade kat mana sekarang?" Tanyaku.

"Ade kt XXXX sekarang."Jawabnya.

Panggilan ku terputus kerana duit syiling yang dimasukkan tidak mencukupi.

Aku mendail semula nombor Az. namun tidak dijawabnya.
Lalu aku menghantar SMS kepadanya.

"Napa dah tak nak angkat call iz? Az dah tak sayang kat iz lagi ker?"

Kemudian butang 'Send' diketik.
Lama juga aku menunggu balasannya, tapi hanya sia-sia.

Aku menghantar lagi SMS kepadanya, menanyakan kenapa dia melayanku sebegini.
Sudah lama dia tidak menghantar dan membalas SMS serta menelefon dan mengangkat panggilanku.

Telefon bimbitku berbunyi.
Ohh... SMS dari AZ. Hatiku terasa seperti diubati menerima SMS darinya.
Aku membuka dan membacanya.

"Assalamualaikum. Memang Az nak iz fikir macam tu. Jadi Az ambil keputusan buat tak layan.
Biar iz anggap Az dah tak sayangkan iz. Maaf iz, ini keputusan Az."

Dadaku terasa seperti ditindih batu besar dan berat.
Hatiku menjadi sebak, namun ku gagahkan diri.
Aku menghantar SMS kepadanya untuk berjumpa bagi membincangkan perkara ini.

Tapi, ini pula jawapannya...

"iz, tolonglah... Az betul-betul tak boleh jumpa iz...
Az minta tolong sangat, janganlah minta Az jumpa iz."


Hatiku mulai tidak rasa senang. Aku terus balik ke Seremban semula.
Kemudian, aku membeli tiket bas ke Johor Bahru jam 6.30 petang.
Padahal, cutiku sampai hari selasa.

Tidak aku menyangka, Az sanggup perlakukan diriku sebegini.
Sesudah sampai dirumah ku di Johor Bahru. Aku terlihat barang-barang yang dihadiahkan
oleh Az. Mahu saja aku membuangnya. Buat apa simpan barang
pemberian orang yang dah melukakan hati kita.

Aku masih mencar-cari, apakah alasan sebenar Az membuat aku seperti ini.

Wednesday, December 19, 2007

Aidiladha

Raya kali ini aku balik ke Seremban, beraya bersama-sama kawan-kawan baik ku.
Petang semalam, aku manaiki bas ekspres dari Terminal Larkin.
Sempat juga terserempak dengan kawan sekampus dulu.

Kami bersembang sambil bertanyakan perihal kawan-kawan lain.
Tak sangka, rupanya kami menaiki bas yang sama. Tetapi dia turun di Tampin dan aku turun di Seremban. Bas Transnasional perjalanannya dari Larkin ke Tampin dan seterusnya ke Seremban.

"Rasa takut pula naik bas ni, macam pemandu ngantuk jer...?" Kataku

"Memang ngantuk pun pemandu tu" Balas kawanku.

Tiba-tiba...

"Woii... tido ker...?!!" Jerkah seorang penumpang.

hmm... Nasib baik aku selamat sampai di Seremban.
Kawan ku menjemput ku di TTJ.
Sempat juga aku membeli burger di tepi jalan kerana perut ku terasa lapar.

Aku berbaring diatas sofa, sambil memikirkan apa aktiviti yang aku lakukan esok.

Monday, December 17, 2007

Asian Idol di Jakarta

Semalam aku menonton Asian Idol yang ditayangkan di 8tv jam 11 malam. Persembahan yang diberikan oleh peserta amat memberangsangkan.

Dalam Asian Idol 2007, juara Idol dari enam negara iaitu Micheal Prabawa Mohede (Indonesia), Abhijeet Sawant (India), Jacklyn Victor (Malaysia), Mau Marcelo (Filipina), Hady Mirza (Singapura) dan Phuong Vy (Vietnam). Asian Idol 2007, yang juga untuk pertama kali, telah diadakan di Indonesia, pada 15hb dan 16hb Desember.



Michael Prabawa Mohede (dilahirkan pada November 7, 1983), lebih diketahui sebagai Mike, adalah seorang penyanyi orang Indonesia dan pemenang musim kedua Idol bagi orang Indonesia.

Mike Mohede mewakili Indonesia di pentas Asian Idol. Setelah proses penyaringan yang ditentukan melalui voting line, akhirnya Indonesia memutuskan Mike Mohede sebagai wakil untuk bertanding di Asian Idol.


Jaclyn d/o Joshua Thanaraj Victor (dilahirkan pada December 4, 1978) seorang penyanyi yang pertama memenangi Malaysian Idol musim pertama. Lebih dikenali sebagai Jac.


Abhijeet Sawant (Marathi, dilahirkan pada Oktober 7, 1981) adalah seorang penyanyi India. Dia merupakan pemenang pertama India Idol bagi Negara India yang juga menyerupai Pop Idol daripada Britain.


Maureen "Mau" Flores Marcelo (dilahirkan pada May 13, 1980) adalah seorang penyanyi Filipina Ros untuk Kemasyhuran yang sebagai pemenang Philippine Idol dalam 2006. Dia adalah memberi gelaran "Berhala Jiwa" DAN "Belter Yang Hitam" pada pertandingan untuk R&B-stylenya vokal. Dia adalah juga dipanggil "Diamond Diva" selepas dia banyak menepuk tangan prestasi "Intan Berlian Adalah Selama-lamanya" Shirley Yang Dekat Bassey Sepanjang Filem Dan Minggu Tema Muzikal.


Hady Mirza (dilahirkan pada Januari 28, 1980) dialah pemenang musim kedua Singapore Idol. Dia telah ditabalkan pemenang di 25 September 2006 di Singapore Indoor Stadium selepas mengumpulkan 70% mengenai acuan satu juta undi penonton televisyen dekat. Dia adalah juga pemenang pertama Asia Idol yang Asia berlangsung 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia. Idol yang Asia adalah satu persaingan antara enam orang pemenang Idol daripada negara-negara Asia berbeza, iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, India, Filipina dan Vietnam.Hady adalah paling tahu bahawa dia R&B yang licin menyuarakan dan keperibadian yang menarik. Dia adalah pemenang lelaki dan kedua, berikutan mengikut jejak langkah idola pilihannya, Taufik Batisah.


Phuong Vy (dilahirkan Ogos 27, 1987) menguji bakat untuk Vietnam Idol di Ho Chi Minh City. Dia bergerak ke dalam bahagian atas 10 dan tidak pernah telah mengundi ke dalam dasar tiga.

Phuong Vy mara ke dalam penutup dan memenangi hak milik atas Ngoc Anh Oktober pada ketiga 2007 dengan 53.44% undi-undi. Atas memenangi pertandingan, dia telah dianugerahkan $US10,000 dan bertandatangan sebuah kontrak rakaman dengan Music Faces Company.

Walaupun Hady Mirza adalah bukan pilihan juri tetapi dia boleh menang atas undian sms yang tertinggi melebihi 4 juta undian.


Sedikit kecewa kerana Mike Prabawa Mohede tak menang.... hmm... :-((

Friday, December 14, 2007

Ku Fikir Sudah Selesai Tetapi Sebaliknya Tidak...

Semalam, aku meminta seorang kawan ku untuk menolongku memadam nama dan nombor telefon ku ditempat yang telah ditulis oleh Dajal yang memper'DAJAL'kan aku.

Terasa lega sedikit hatiku. Fikirku, masalah dengan memadamnya sudah dianggap selasai tetapi aku masih mendapat panggilan dan sms yang tidak dikenali. Timbul semula perasaan sakit ku yang mebuak-buak.

"Kalau ku dapat orang yang tulis bende tu, nahaslah dia..." detik hatiku.

Semalam sasaja, sudah 5 nombor yang tidak dikenali menghubungi ku. Ada yang ku jawab dan ada jugak tidak.

Hmm... Sampai bila harus aku bertahan begini. Selagi aku tidak menukar nombor telefon lain selagi itu hidup ku akan sentiasa diganggu oleh makhluk-makhluk yang tidak ku kenali.


Terasa ingin juga ku membalas dendam pada orang yang buat padaku, jika aku berbuat demikian aku juga dianggap berdosa. Tapi, biarlah tuhan saja yang membalasnya.

Thursday, December 13, 2007

Hari yang suka dan sakit hati

Semalam, aku melakukan ker-kerja ku seperti biasa. Hari ini, rakan sekerja mengajak beramai-ramai bermain bowling di Skudai Parade selepas habis kerja.

Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Mesin punch card sudah berbunyi dengan memainkan irama lagu yang bagi tak best. Aku menumpang kereta rakan sekerja ku. Sesudah sampai disana, aku terperanjat kerana Pengurus Besar pun ada disitu. Rupa-rupanya, dia pun nak tumpang sekaki bermain Bowling. Sudah lama aku tidak bermain bowling. Terasa seronok sangat pada hari ini.

Selepas habis bermain, kami pun bersia untuk pulang. Semasa berada didalam kereta, aku mendapat satu panggilan yang tidak dikenali.

"Sape ni? Dari mana awak dapat nombor telefon saya?" Tanya ku.

"Saya dapat dari XXXXXX...." Jawabnya.

Sungguh aku tidak percaya, ada juga manusia yang membuat DAJAL kepadaku.
Tidur ku tak lena kerana asyik memikirkan hal itu. Hari ini saja aku mendapat dua panggilan yang tidak dikenali. Sungguh malu aku kerana nama ku dan nombor telefon ku ditulis ditempat yang hina sekali.

Aku bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi aku teringat seorang perempuan yang kecewa kerana aku tidak dapat membalas cinta. Aku sudah berpunya, aku bukan jenis lelaki Playboy yang boleh berpasang lebih dari satu. Cinta dan hatiku hanya satu sahaja untuk wanita yang kucintai.

Tak sanggup aku untuk menduakan Az, kekasih hatiku.


Kepada orang yang menulis bende tu, bertaubat lah dari melakukan dosa.

Wednesday, December 12, 2007

SEBAB GAGAL INTERVIEW

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SI TUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar
negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh
terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm... kamu mesti tidak akan lama
bekerja di sini dan yang paling
penting syarikat tidak akan mampu
membayar bil panggilan antarabangsa
kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang
ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk
mendapatkan kerja terlebih dahulu dan
kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat
masa sekarang saya tidak mahu
memikirkan perkara (cinta) tersebut.
Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat
menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi
dan tiada keakinan diri, itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya.
Tentu kamu sudah mempunyai teman
lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya
(sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang
terkaya dalam negara ini dan memiliki
syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah
saya tidak dapat menerima kamu bekerja
di sini kerana teman lelaki kamu
sendiri pun tidak menerima kamu
bekerja di syarikatnya. Ini kan pula
saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai
dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai
dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak
bekerja di sini kerana kecantikan kamu
akan menjejaskan semangat kerja
pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat
pun encik.
B : Haa...lagi bermasalah sebabnya
pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
A : Gulp...

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm...maaflah kamu tidak layak
bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam
perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni.
Tetapi kamu langsung tidak mempunyai
ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun
biasa je.
B : Haa...(melopong)

p/s: Hehheehee.... Dalam dunia ni tak ada orang yang sempurna! masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Bersyukurlah...

Tuesday, December 11, 2007

Bio Malaysia


26hb November yang lepas, aku bertolak dari pejabat ke PWTC untuk setup Booth yang telah disewa oleh syarikat. 27hb hingga 30hb November, berlangsungnye Bio Malaysia yang akan dihadiri oleh golongan manusia dari serata dunia yang berkaitan Bioteknologi, Biodiversiti dan Bioinformatik.

Bilik Hotel Seri Pacific

Selapas setup Booth, check-in hotel di Hotel Seri Pacific. Aku terbaring diatas katil sambil menonton TV. Badan ku letih seperti tidak bermaya. Masakan tidak letih, perjalanan jauh kemudian terus membuat kerja-kerja yg agak berat sedikit.


27hb November 2007

Bermulanya Bio Malaysia. Hari ini agak ramai yang datang ke Exhibition. Mulalah aku menerangkan mengenai syarikat ku dan apa yang dilakukannya termasuk produk-produk yang dihasilkan serta penggunaannya kepada makhluk sejagat.


"Hmmm... Letih nyer..." keluh ku.

Pada malam harinya, aku tidak keluar ke mana-mana pun kecuali pergi makan bersama rakan sekerja. Balik semula ke hotel, aku berbaring sambil menonton tv sampai terlelap.


Keesokan harinya 28hb november, perkara yang sama juga ku lakukan. Penerangan demi penerangan aku berikan kepada pengunjung.


Selepas exhibition tamat pada hari ini, aku balik ke hotel untuk merehatkan diri. Kemudian bersiap untuk majlis makan malam Bio Malaysia. Selepas majlis itu, aku sempat bergambar dengan Mahathir Lokman. Kawan-kawan sepejabatku sempat bergambar dengan Sheikh Mudzaffar. Ahli angkasawan negara kita.



Makan malam Bio Malaysia

29hb November 2007

Selepas exhibition tamat pada hari ini, aku balik ke hotel untuk merehatkan diri. Kemudian aku turun untuk pergi ke sauna yang disediakan oleh pihak hotel. Aku berendam didalam kolam Jacuzzi kemudian masuk ke dalam bilik sauna.
"Wah... panas giler... Tak penah aku masuk sauna yang panas giler macam ni." Getus Hatiku.

Aku cuma boleh bertahan selama 7 minit sahaja. Kemudian keluar dan berendam semula didalam kolam Jacuzzi.
Pada Malam harinya, aku keluar bersama sepupu ku yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Kami keluar untuk makan malam dan ronda kawasan Kuala Lumpur.


30hb November 2007

Hari ini adalah hari terakhir bagi Bio Malaysia. Aku sempat mencuri peluang untuk singgah ke Booth lain. Melihat sambil meminta penerangan mengenai syarikat dan apa yang lakukan serta hasil daripada apa yang mereka buat.
Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Kami bersiap untuk mengemas barang-barang. Selepas itu, aku balik semula ke bilik hotel untuk mengambil barang-barangku untuk bersiap pulang ke Johor Bahru.

Monday, December 10, 2007

Kemaskini Blog

Maaf kepada semua pembaca-pembaca blog.
Dalam minggu ini, aku akan memulakan entri baru. Disebabkan hal-hal yang tidak disengajakan membuat aku terleka lantas terlupa untuk mengemaskini bolg ku sendiri. Sekali lagi aku memohon maaf.