Monday, May 14, 2007

Mendiamkan diri.....

Hari ini, aku melakukan kerja-kerjaku seperti biasa.
Melihat gelagat kawan-kawan yang masih sibuk dengan "Hari Ibu" mereka, aku menjadi iri hati. Tanpa disedari, aku ditegur...

"Eh... Kau kenapa ni? Macam tak bersemangat aja" Tanya Zal.

"Hmm.... Aku ok jer. Takde apa-apa masalah. Kau dah siapkan kerja XXXXX tu??"
Aku cuba mengubah topik.

Lalu Zal menjawab "Aku dah siapkan. Kau nak tengok ker?"

"Hmm... Aku nak tengok." Kataku.


Ya, sememangnya aku tidak bersemangat pada hari ini.
Banyak faktor yang menganggu fikiranku.
Kepalaku diserang sakit lagi. Lantas dengan segera aku mengeluarkan ubat penahan sakit untuk meredakan sakit kepalaku. Aku tidak banyak bercakap ditempat kerja. Hanya mendiamkan diri sahaja sambil melakukan kerja-kerjaku.

Sayangku Az... Sudah lama dia tidak menghantar atau membalas SMS dariku. Apatah lagi mahu menjawab panggilan telefon dariku. Sudah terlalu lama dia menyepi.

Aku menjadi bingung dan gelisah. Bermacam-macam tanggapan didalam fikiranku.
Adakah dia masih menyayangi atau membenci ku?
Adakah dia hanya mendiamkan diri untuk menghukumku?
Adakah dia sudah menjumpai yang lebih baik dan sempurna dari ku?
Adakah dia sudah tidak memerlukan diriku didalam hidupnya?

Aarrrgghhh... Terlalu banyak aku berfikir, bertambah sakit kepalaku.
Batinku terlalu terseksa dan merasakan tidak adil bagi diriku diperlakukan sedemikian.


Semalam aku menghantar dua SMS kepada Az. Tapi, sampai sekarang aku belum mendapat sebarang balasan SMS darinya.

Saturday, May 12, 2007

Hari Yang Paling Menyedihkan Bagi Diri Ku

Hati ku terlalu sedih dan pilu hari ini dan semalam mahupun ketika menaip entri ini.
Air mata ku entah mengapa masih belum mahu kering dari menitiskan air membasahi pipi ku.

Anda mesti tahu esok adalah hari sempena apa??
Ya, esok satu dunia menyambut Hari Ibu.
Bagi diriku...?? Tiada apa yang perlu disambut. Inilah tahun pertama aku tidak menyambut Hari Ibu. Ibu ku telah meninggal dunia pada 28hb Februari 2007.


Aku melihat orang lain sibuk memperkatakan mengenai Hari Ibu.
Sibuk hendak membeli hadiah untuk ibu mereka. Sibuk untuk merancang menyambut Hari ibu bersama ibu mereka. Melihat mereka yang seronok, aku menjadi lebih sedih dan pilu.
Aku hendak sambut dengan siapa?? Ibu orang lain?? Untuk apa?? Keadaan, situasi dan rasanya tidak sama seperti menyambut Hari Ibu bersama ibuku.

Aku...?? Duduk didalam bilik, menangis seperti budak perempuan. Aku tidak kisah apa orang lain yang akan kata pada diri ku. Aku langsung tidak mengambil peduli semua itu. Biarlah apa yang mereka nak cakap.

Adik-beradikku juga merasakan apa yang aku rase ketika ini. Mereka pun turut bersedih sepertiku.

Aku menonton drama di kaca televisyen sempena Hari Ibu.
Sungguh jahat dan keji anak itu dan isterinya memperlakukan perbuatan yang terkutuk lagi dikeji oleh Allah pada ibu mereka. Tidak sayangkah mereka pada ibu mereka? Masih tidak cukupkah ajaran agama dalam diri mereka? Tidak cukupkah harta ibu yang mereka ambil?
Apa lagi yang tidak cukup bagi mereka? Diseksanya ibu mereka. Sangat jahat dan kejam...!!!

Aku berasa sungguh iri hati pada kawan-kawanku yang masih berpeluang menyambut Hari Ibu bersama ibu mereka. Masih berpeluang mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada ibu mereka.

Sayangku Az, akan balik ke kampung berjumpa ibu nya. Ibunya sangat sayang padanya. Aku terasa iri hati pada Az. Maafkan iz, Az.

Pada insan-insan yang lain. Hargai lah ibu anda ketika dia masih hidup didunia ini. Janganlah kamu mempersia-siakan hidupnya.

Bagi insan-insan yang senasib denganku, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah bagi yang masih hidup mahupun yang telah tiada didunia terutama pada orang tua kita.

Al-Fatihah.

Thursday, May 10, 2007

Semakin sihat...

Hari ini, aku semakin sihat dari demamku.
Tidak banyak cerita yang ingin aku kongsi untuk entri ini kerana aku banyak menghabiskan masaku dengan menonton televisyen didalam bilik.

Aku hanya asyik terperap didalam bilik hari ini.
Nak hirup udara segar diluar? Hmm... Udara didalam bilikku sudah cukup segar, tak perlu aku keluar dari bilik untuk menghirup udara segar diluar.


Petang tadi, abang angkatku menelefonku. Dia terkejut akan suara ku (suara yang tak ubah seperti penyanyi metal underground. Huhuhuhu...).

"Adik dah makan ubat ke belum?"

"Malas nak makan. huhuhu... Adik dah makan ubat lah... Abang jangan risau,ok."

"Huh... Sape yang tak risau kalau keadaan adik macam ni. Kekasih adik tau tak?"

Hmm... Rase macam tak nak jawab jer soalan tu...

"Hmm... Dia tak tahu pasal adik demam. Nanti dia tau jugak kalau dia baca blog adik. Hmm..."

"Adik macam mengeluh jer. Kenape?"

"Tak de ape-ape. Jangan risau, adik ok jer. Hehehe...."


Az, bukan aku tak mahu memberitahumu tentang keadaan ku. Sudah beberapa hari telefon bimbitku tidak ditambah nilai. Maafkan iz, Az...

Wednesday, May 09, 2007

Demam

Hari ni aku demam, selsema dan batuk-batuk.
Tidak banyak yang ingin ku perkatakan didalam entri ku kali ini.
Cuma aku ingin berehat. Badan ku lemah pada pagi tadi. Tetapi semakin berkurangan pada waktu petang.

Hmm... hari aku banyak habiskan masaku berChatting dirumah....
Saje... nak hilangkan tensi...

Tuesday, May 08, 2007

Tidak sihat...

hmm... Hari ini aku merasakan diriku seperti hendak demam.
Kepalaku pening tidak seperti selalu, sakit-sakit saja.

Dah lah semalam aku disuntik oleh Doktor. Hari pulak rase macam nak demam.
Dalam dua tiga hari ni, selalu hujan. Mungkin disebabkan cuaca aku jadi begini.

Rehatkan diri dan makan ubat......

Monday, May 07, 2007

Keputusan Ujian Darah dan X-ray

Aku telah pergi ke Hospital pada pagi tadi.
Ujian terhadap darah dan x-ray telah diterima.
Aku sangat bersyukur kerana tidak mengidap penyakit yang serius, tetapi doktor menasihatkan aku agar berhenti menghisap rokok kerana ia akan memberi kesan terhadap otak.

"Dari keputusan yang diterima, encik tidak mengidap XXXXXX XXXX tetapi encik mengidap XXXXXXXXX. Penyakit ini boleh diubati dengan ubat-ubatan. Encik harus berehat secukupnya dan cuba berhenti merokok kerana itu akan memberi kesan kepada otak.
Stress juga mengakibatkan sakit pada kepala dan ia boleh mengakibatkan impak yang besar pada otak. Amalkan hidup yang sihat dan rehat yang cukup, ok."

Aku hanya mampu mengangguk sambil mendengar kata-kata Doktor. Betapa girangnya aku apabila mendengar penjelasan daripada Doktor. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku telah dijauhi oleh penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.


Disini, aku juga menasihati bloggers yang merokok agar berhenti menghisap rokok kerana ia membahayakan anda.

Kepada Az, iz sangat bersyukur kerana dapat bersama Az yang juga kekasih hati iz...Aku teramat mencintai mu, sayang.....

Sunday, May 06, 2007

Hari yang meletihkan....

Aku hari ni berada di Seremban, rumah kawanku.
Semalam, aku tidak dapat melenakan diri. Kepalaku masih lagi sakit.
Aku mengambil keputusan menonton DVD Anime Jepun iaitu Gensomaden Saiyuki season Reload sehingga pagi.

Kawan ku Shah dan Saiful, mengajakku ke kenduri kahwin kawan sekolah mereka di Batu Caves.
Perjalanan bermula pada jam 11 pagi.
Sesudah sampai tempat yang dituju, keadaan yang sesak dengan tetamu yang ramai membuatkan aku sedikit merasa rimas. Kepalaku mula sakit, tetapi aku cuba untuk mengawal reaksi ku agar kawan-kawanku tidak perasan akan keadaan ku yang sebenar.

Selepas itu, kami bersama-sama kawan-kawan yang lain minum di restoran yang berdekatan dengan Stadium Selayang. Aku cuma mendiamkan diri sambil melihat gelagat kawan-kawanku bersembang. Shah mula perasan sikapku yang mendiamkan diri.

"Awat hang senyap...? Meh lah sembang ngan kami. Hang letih ka...?"

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Takpa lah, sat lagi kita gerak nak balik. Ok."

Aku mengangguk dan senyum.

Bermula dari Toll Shah Alam, aku tidur didalam kereta. Badan ku terlalu letih dan kepalaku bertambah sakit.
Saiful mula mengejutkan aku daripada tidur apabila kami sampai di Toll Senawang.
Aku mamai dan mula bertanya...

"La ni kita dah ada kt mana?"

"Kita dah sampai Thailand... huhuhu..." Gurau Saiful.

"Kita dah sampai Senawang, sat lagi nak sampai rumah." Katanya lagi.

Sesudah sampai dirumah pada jam 7 malam, aku terus baring diatas sofa.
Aku terjaga pada jam 10 malam. Aku mandi dan makan ubat.

Malam ini, aku masih tidak dapat melenakan diri.
Aku menghantar SMS pada Az.
Ketika itu, Az sangat bersedih hati. Mungkin disebabkan dia telah mengetahui kondisi kesihatanku ataupun perkara lain yang menyebabkan dia bersedih. Dia tidak mahu menceritakan kepadaku kenapa dia bersedih.

Tiba-tiba perut ku terasa sangat lapar. Shah mengajak ku makan di luar.
Aku memandang muka Shah, sahabat yang paling aku sayang. Aku menganggapnya seperti adik beradikku sendiri. Aku tidak mahu merahsiakan keadaanku padanya.

Aku menceritakan segala-galanya pada Shah. Dia terkejut kecil dan menegurku kenapa baru sekarang mahu menceritakan segalanya padanya. Aku hanya mampu mendiamkan diri.

Setelah makan, kami balik ke rumah. Tidak ada apa-apa topik yang disembangkan, kami hanya membisu sahaja di dalam kereta sehinggalah kami sampai dirumah.
Ketika berada didalam bilik, aku meminta maaf padanya dan aku memohon padannya agar merahsiakan hal ini dari kawan-kawan yang lain.


Az... Janganlah Az bersedih lagi. Kalau Az sedih, iz lagi bertambah sedih dan pilu....

Shah, engkaulah sahabatku yang paling baik sekali. Maafkan aku kerana merahsiakan hal ini pada kamu...

Saturday, May 05, 2007

Nasib Ku.....

Hari ni, aku banyak menghabiskan masaku dengan menonton televisyen.
Rancangan ku ingin balik ke Seremban mungkin tidak kesampaian kerana masalah kewangan yang kritikal.

Bagaimana aku mahu mengambil keputusan ujian daripada doktor pakar pada hari isnin depan??
Kepalaku semakin runsing dan tidak tahu untuk menyelesaikan masalah ini.

Nak pinjam duit dari kawan, terasa malu pada diri sendiri.

Walaupun nasib ku ini telah ditentukan olehNya, namum aku masih tetap bersyukur padaNya.

Friday, May 04, 2007

Meniti Hari Demi Hari

Aku seperti orang yang meniti hari untuk mati, padahal keputusan ujian dari doktor pakar akan ku terima pada hari isnin depan.

Adakah sayangku Az telah membaca entri blog ku sebelum ni. Merasakan dirinya senyap saja tanpa membalas SMS ku.

Sakit kepala ku?? Aku seperti sudah lali dengan sakit ku. Ya, memang sakit dan amat perit.
Aku cuma diberikan ubat penahan sakit oleh doktor. Ubat yang diberikan pun hampir habis.

Hari ini, kawan ku datang. Dia sangat rapat dengan ku sewaktu di Johor Bahru. Kampungnya di Melaka. Dia datang meminta tolong aku tengok-tengokkan monitor komputernya.
Aku tak dapat nak berbuat apa-apa kecuali membawanya ke sebuah kedai komputer.
Aku sudah biasa dan kenal dengan tauke kedai itu.

Selepas itu, aku bersama kawanku pergi minum sambil sembang-sembang dalam pelbagai topik.
Kawan ku mula berasa ada yang tidak kena pada diriku.

"Weii... iz. Ko ni OK ker tak OK ni? Semacam jer aku tgk...."

"Aku OK jer... Ko jangan risau lah. Kepala aku pening sket jer..."

Maaf Azhar, kerana aku terpaksa menipu kamu. Aku sememangnya tak berapa sihat. Maaf kerana tidak memberitahu mengenai keadaanku yang sebenar.

Sesudah aku sampai dirumah, aku banyak menghabiskan menonton rancangan televisyen.
Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa lagi.



Aku sentiasa berdoa agar aku cepat sembuh.
Kepada Az, jagalah dirimu baik-baik.

Thursday, May 03, 2007

Adakah Tindakan Ku Ini Betul Setelah Apa Yang Telah Menimpa Diriku....

Aku seperti tidak tahu apa yang telah terjadi kepada diriku.
Dua minggu yang lepas, aku terasa kepalaku teramat sakit, ini
kemungkinan tekanan atau stress yang ku hadapi. Sakitnya makin
berlarutan selama 4 hari dan aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Aku memberitahu apa yang telah dialami olehku kepada doktor.
Aku tergamam dan lidahku kelu tanpa berkata-kata apabila mendengar
penjelasan daripada doktor. Ingin saja aku menjerit seperti tidak
percaya kata-kata doktor, tapi apakan dayaku.

"Dari apa yang encik alami, ini kemungkinan encik mengidap XXXX.
Kami perlu mengambil sampel darah dan X-Ray."

Langkah ku lemah untuk meneruskan perjalanan. Aku merasakan duniaku semakin gelap-gelita
Air mata ku jatuh ke bumi tanpa menghiraukan pandangan orang lain di
hospital itu. Aku menjerit sekuat hati didalam hatiku.

Tiada siapa pun yang tahu mengenai penyakit ku ini.
Minggu lepas, aku pergi semula ke hospital untuk diambil sampel darah
dan X-ray.

Hari isnin depan, aku akan menerima keputusan ujian daripada doktor
pakar. Aku berharap agar keputusannya negatif, supaya aku tidak
mengidap penyakit berbahaya itu.

Aku sentiasa berdoa agar aku dijauhi segala penyakit. Semalam, dua kali
kepala ku diserang sakit. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya
kepala ku.

Fikiran ku bercelaru, jika kekasih ku Az mengetahui penyakit ini.
Adakah dia akan menerima ku seadanya ataupun mencari kasih lain...???
Mungkinkah juga jika dia mengatakan aku cuma mengada-adakan
cerita...???

"Kekasihku Az, iz minta maaf kerana menyakiti hati Az, supaya Az benci
dan meinggalkan diri iz yang mungkin tidak akan hidup lama didunia ni.
iz buat begitu agar Az dapat mencari orang yang dapat hidup dan
membahagiakan diri Az. iz cuba nak memberitahu Az mengenai perkara ini
dahulu, tapi Az ketika itu sibuk dan tiada masa untuk berjumpa iz."

Aku sanggup korbankan cinta dan kasihku demi kebahagiaan mu, Az...
Walaupun hati ini berat untuk melepaskan mu pergi....
(Ya, seperti cerita Korea Jepun. Mesti anda tahu kan....)

Maafkan iz, iz tak mampu nak membahagiakan Az.
Entah berapa lama lagi iz boleh hidup didunia ni jika benar iz
menghidapi penyakit itu setelah mendapat keputusan ujian.
Az jagalah diri. Jangan risaukan keadaan iz. iz masih mampu melakukan
kerja-kerja seharian walaupun menghadapi sedikit kesukaran.

Walaubagaimanapun, aku tetap redha dengan ketentuan ilahi...