Aidiladha
Raya kali ini aku balik ke Seremban, beraya bersama-sama kawan-kawan baik ku.
Petang semalam, aku manaiki bas ekspres dari Terminal Larkin.
Sempat juga terserempak dengan kawan sekampus dulu.
Kami bersembang sambil bertanyakan perihal kawan-kawan lain.
Tak sangka, rupanya kami menaiki bas yang sama. Tetapi dia turun di Tampin dan aku turun di Seremban. Bas Transnasional perjalanannya dari Larkin ke Tampin dan seterusnya ke Seremban.
"Rasa takut pula naik bas ni, macam pemandu ngantuk jer...?" Kataku
"Memang ngantuk pun pemandu tu" Balas kawanku.
Tiba-tiba...
"Woii... tido ker...?!!" Jerkah seorang penumpang.
hmm... Nasib baik aku selamat sampai di Seremban.
Kawan ku menjemput ku di TTJ.
Sempat juga aku membeli burger di tepi jalan kerana perut ku terasa lapar.
Aku berbaring diatas sofa, sambil memikirkan apa aktiviti yang aku lakukan esok.
2 Comments:
TTJ tempat aq membesar. banyak memori semasa kecil Aq di sana. sekarang menyambung pembesaran di JB.
owh... ye ke, Aq? Kt seremban tu rumah kwn2 sekampus dulu. mmg selalu balik situ.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home