Wednesday, December 12, 2007

SEBAB GAGAL INTERVIEW

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SI TUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar
negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh
terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm... kamu mesti tidak akan lama
bekerja di sini dan yang paling
penting syarikat tidak akan mampu
membayar bil panggilan antarabangsa
kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang
ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk
mendapatkan kerja terlebih dahulu dan
kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat
masa sekarang saya tidak mahu
memikirkan perkara (cinta) tersebut.
Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat
menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi
dan tiada keakinan diri, itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya.
Tentu kamu sudah mempunyai teman
lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya
(sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang
terkaya dalam negara ini dan memiliki
syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah
saya tidak dapat menerima kamu bekerja
di sini kerana teman lelaki kamu
sendiri pun tidak menerima kamu
bekerja di syarikatnya. Ini kan pula
saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai
dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai
dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak
bekerja di sini kerana kecantikan kamu
akan menjejaskan semangat kerja
pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat
pun encik.
B : Haa...lagi bermasalah sebabnya
pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
A : Gulp...

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm...maaflah kamu tidak layak
bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam
perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni.
Tetapi kamu langsung tidak mempunyai
ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun
biasa je.
B : Haa...(melopong)

p/s: Hehheehee.... Dalam dunia ni tak ada orang yang sempurna! masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Bersyukurlah...

1 Comments:

At June 29, 2013 at 10:48 AM , Blogger Hanya Insan Biasa said...

yeah..itulah realiti kehidupan

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home