Tuesday, December 11, 2007

Bio Malaysia


26hb November yang lepas, aku bertolak dari pejabat ke PWTC untuk setup Booth yang telah disewa oleh syarikat. 27hb hingga 30hb November, berlangsungnye Bio Malaysia yang akan dihadiri oleh golongan manusia dari serata dunia yang berkaitan Bioteknologi, Biodiversiti dan Bioinformatik.

Bilik Hotel Seri Pacific

Selapas setup Booth, check-in hotel di Hotel Seri Pacific. Aku terbaring diatas katil sambil menonton TV. Badan ku letih seperti tidak bermaya. Masakan tidak letih, perjalanan jauh kemudian terus membuat kerja-kerja yg agak berat sedikit.


27hb November 2007

Bermulanya Bio Malaysia. Hari ini agak ramai yang datang ke Exhibition. Mulalah aku menerangkan mengenai syarikat ku dan apa yang dilakukannya termasuk produk-produk yang dihasilkan serta penggunaannya kepada makhluk sejagat.


"Hmmm... Letih nyer..." keluh ku.

Pada malam harinya, aku tidak keluar ke mana-mana pun kecuali pergi makan bersama rakan sekerja. Balik semula ke hotel, aku berbaring sambil menonton tv sampai terlelap.


Keesokan harinya 28hb november, perkara yang sama juga ku lakukan. Penerangan demi penerangan aku berikan kepada pengunjung.


Selepas exhibition tamat pada hari ini, aku balik ke hotel untuk merehatkan diri. Kemudian bersiap untuk majlis makan malam Bio Malaysia. Selepas majlis itu, aku sempat bergambar dengan Mahathir Lokman. Kawan-kawan sepejabatku sempat bergambar dengan Sheikh Mudzaffar. Ahli angkasawan negara kita.



Makan malam Bio Malaysia

29hb November 2007

Selepas exhibition tamat pada hari ini, aku balik ke hotel untuk merehatkan diri. Kemudian aku turun untuk pergi ke sauna yang disediakan oleh pihak hotel. Aku berendam didalam kolam Jacuzzi kemudian masuk ke dalam bilik sauna.
"Wah... panas giler... Tak penah aku masuk sauna yang panas giler macam ni." Getus Hatiku.

Aku cuma boleh bertahan selama 7 minit sahaja. Kemudian keluar dan berendam semula didalam kolam Jacuzzi.
Pada Malam harinya, aku keluar bersama sepupu ku yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Kami keluar untuk makan malam dan ronda kawasan Kuala Lumpur.


30hb November 2007

Hari ini adalah hari terakhir bagi Bio Malaysia. Aku sempat mencuri peluang untuk singgah ke Booth lain. Melihat sambil meminta penerangan mengenai syarikat dan apa yang lakukan serta hasil daripada apa yang mereka buat.
Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Kami bersiap untuk mengemas barang-barang. Selepas itu, aku balik semula ke bilik hotel untuk mengambil barang-barangku untuk bersiap pulang ke Johor Bahru.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home