Thursday, December 13, 2007

Hari yang suka dan sakit hati

Semalam, aku melakukan ker-kerja ku seperti biasa. Hari ini, rakan sekerja mengajak beramai-ramai bermain bowling di Skudai Parade selepas habis kerja.

Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Mesin punch card sudah berbunyi dengan memainkan irama lagu yang bagi tak best. Aku menumpang kereta rakan sekerja ku. Sesudah sampai disana, aku terperanjat kerana Pengurus Besar pun ada disitu. Rupa-rupanya, dia pun nak tumpang sekaki bermain Bowling. Sudah lama aku tidak bermain bowling. Terasa seronok sangat pada hari ini.

Selepas habis bermain, kami pun bersia untuk pulang. Semasa berada didalam kereta, aku mendapat satu panggilan yang tidak dikenali.

"Sape ni? Dari mana awak dapat nombor telefon saya?" Tanya ku.

"Saya dapat dari XXXXXX...." Jawabnya.

Sungguh aku tidak percaya, ada juga manusia yang membuat DAJAL kepadaku.
Tidur ku tak lena kerana asyik memikirkan hal itu. Hari ini saja aku mendapat dua panggilan yang tidak dikenali. Sungguh malu aku kerana nama ku dan nombor telefon ku ditulis ditempat yang hina sekali.

Aku bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi aku teringat seorang perempuan yang kecewa kerana aku tidak dapat membalas cinta. Aku sudah berpunya, aku bukan jenis lelaki Playboy yang boleh berpasang lebih dari satu. Cinta dan hatiku hanya satu sahaja untuk wanita yang kucintai.

Tak sanggup aku untuk menduakan Az, kekasih hatiku.


Kepada orang yang menulis bende tu, bertaubat lah dari melakukan dosa.

5 Comments:

At December 13, 2007 at 11:41 PM , Blogger Yazid Husain said...

bagus memilih unutk jadi setia. faiz aq harap ko jgn hebohkan blog aq kat budak2 office. takut ada yg terasa. thanks.

 
At December 14, 2007 at 12:34 AM , Blogger yattie nopiah said...

sy pnah kena mcm tu.
lagi teruk la.
mcm2 laki call no sy semata2 utk dptkan sex!!
br sy tau no sy tu da didajalkan oleh sesorang yg sy tinggalkan.
org mcm tu mmg tak reti nk terima knyataan.
sabar je la bro yek..

 
At December 14, 2007 at 9:02 AM , Blogger -fAiZiQ- said...

yazid
Dont worry... blog aku pon ko jgn bgtau kt bebudak ofis..ok.. huhuh...
xkan nk sia2 kn hubungan yg dh terjalin selama 4 tahun. Rugi woo.....

Yattie
uisshh... sakit hati yg melampau woo... tp kene sabar gak... kalo diikutkan nafsu marah, dh lama org tu sayy siat2 badan dia pastu panggang... huhuhuh.... sgt kejam n keji....

 
At December 14, 2007 at 11:45 AM , Blogger pB said...

Salam ...

Kak pB harap masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Jalan paling 'pendek' , tukar no lain ...

 
At December 14, 2007 at 11:49 AM , Blogger -fAiZiQ- said...

Kak pB, jalan penyelesaiannya cuma 1 je. Tukar no lain. hmm... no hp yg sy pakai skrg ni dh 5 tahun sy guna. cam syg lak nk tukar...
hmmm... 'T_T'

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home