Perasaan yang Hampa
Hari ni, aku bersiap-siap nak ke KL.
Hanya dua tujuan sahaja kenapa aku ke KL.
Pertama, aku hendak membeli kabel USB to IDE.
Kedua, aku ingin berjumpa dengan Az (kekasih hatiku).
Aku menaiki komuter dari Seremban dalam jam 8 pagi
dan sampai di Plaza Low Yat dlm jam 10 pagi.
Aku mula mencari telefon awam,
dalam benakku ingin membuat kejutan pada Az bahawa aku berada di KL ketika itu.
Mata ku melilau mencari telefon awam di plaza itu,
Aku terpaksa ke Plaza Bukit Bintang kerana
Plaza Low yat tak ada telefon awam.
Usaha ku berhasil. Lalu aku mula mendail nombor telefon bimbit Az.
"Hello, Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Az?" Kataku.
"Hello, Wa'alaikumussalam. Ya, saya bercakap." Katanya.
"Az ade kat mana sekarang?" Tanyaku.
"Ade kt XXXX sekarang."Jawabnya.
Panggilan ku terputus kerana duit syiling yang dimasukkan tidak mencukupi.
Aku mendail semula nombor Az. namun tidak dijawabnya.
Lalu aku menghantar SMS kepadanya.
"Napa dah tak nak angkat call iz? Az dah tak sayang kat iz lagi ker?"
Kemudian butang 'Send' diketik.
Lama juga aku menunggu balasannya, tapi hanya sia-sia.
Aku menghantar lagi SMS kepadanya, menanyakan kenapa dia melayanku sebegini.
Sudah lama dia tidak menghantar dan membalas SMS serta menelefon dan mengangkat panggilanku.
Telefon bimbitku berbunyi.
Ohh... SMS dari AZ. Hatiku terasa seperti diubati menerima SMS darinya.
Aku membuka dan membacanya.
"Assalamualaikum. Memang Az nak iz fikir macam tu. Jadi Az ambil keputusan buat tak layan.
Biar iz anggap Az dah tak sayangkan iz. Maaf iz, ini keputusan Az."
Dadaku terasa seperti ditindih batu besar dan berat.
Hatiku menjadi sebak, namun ku gagahkan diri.
Aku menghantar SMS kepadanya untuk berjumpa bagi membincangkan perkara ini.
Tapi, ini pula jawapannya...
"iz, tolonglah... Az betul-betul tak boleh jumpa iz...
Az minta tolong sangat, janganlah minta Az jumpa iz."
Hatiku mulai tidak rasa senang. Aku terus balik ke Seremban semula.
Kemudian, aku membeli tiket bas ke Johor Bahru jam 6.30 petang.
Padahal, cutiku sampai hari selasa.
Tidak aku menyangka, Az sanggup perlakukan diriku sebegini.
Sesudah sampai dirumah ku di Johor Bahru. Aku terlihat barang-barang yang dihadiahkan
oleh Az. Mahu saja aku membuangnya. Buat apa simpan barang
pemberian orang yang dah melukakan hati kita.
Aku masih mencar-cari, apakah alasan sebenar Az membuat aku seperti ini.
7 Comments:
kesiannya kamu.
kalau dh tak suke, sekurg2nya berilah penjelasan.. plg kurg pun, ckp tak suke dah. tak baik tinggal bodoh2 cmtu.
harap awk tabah hadapi nya...
thirah
saya sendiri pun dah tak tahu nak cakap ape... dah ditakdirkan untuk tidak bersama.
puterikelate
tiada perkara lain yang harus saya lakukan kecuali tabah, sabar dan redha menghadapinya.
redha itu sangat indah & melegakan :)
we were meant to meet few wrong ones before we finally meet the right one =) ada yg lebih baik menanti..
kakok
Ya, tidak ada yang lebih melegakan selain redha dan sabar menghadapinya.
cik payung
hmm... sapa lah yg bertuah dapat saya ni ekk... huhuhuhu....
sabau2... one day dia akan datang kembali merayu cinta dari awk.. :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home