Saturday, May 12, 2007

Hari Yang Paling Menyedihkan Bagi Diri Ku

Hati ku terlalu sedih dan pilu hari ini dan semalam mahupun ketika menaip entri ini.
Air mata ku entah mengapa masih belum mahu kering dari menitiskan air membasahi pipi ku.

Anda mesti tahu esok adalah hari sempena apa??
Ya, esok satu dunia menyambut Hari Ibu.
Bagi diriku...?? Tiada apa yang perlu disambut. Inilah tahun pertama aku tidak menyambut Hari Ibu. Ibu ku telah meninggal dunia pada 28hb Februari 2007.


Aku melihat orang lain sibuk memperkatakan mengenai Hari Ibu.
Sibuk hendak membeli hadiah untuk ibu mereka. Sibuk untuk merancang menyambut Hari ibu bersama ibu mereka. Melihat mereka yang seronok, aku menjadi lebih sedih dan pilu.
Aku hendak sambut dengan siapa?? Ibu orang lain?? Untuk apa?? Keadaan, situasi dan rasanya tidak sama seperti menyambut Hari Ibu bersama ibuku.

Aku...?? Duduk didalam bilik, menangis seperti budak perempuan. Aku tidak kisah apa orang lain yang akan kata pada diri ku. Aku langsung tidak mengambil peduli semua itu. Biarlah apa yang mereka nak cakap.

Adik-beradikku juga merasakan apa yang aku rase ketika ini. Mereka pun turut bersedih sepertiku.

Aku menonton drama di kaca televisyen sempena Hari Ibu.
Sungguh jahat dan keji anak itu dan isterinya memperlakukan perbuatan yang terkutuk lagi dikeji oleh Allah pada ibu mereka. Tidak sayangkah mereka pada ibu mereka? Masih tidak cukupkah ajaran agama dalam diri mereka? Tidak cukupkah harta ibu yang mereka ambil?
Apa lagi yang tidak cukup bagi mereka? Diseksanya ibu mereka. Sangat jahat dan kejam...!!!

Aku berasa sungguh iri hati pada kawan-kawanku yang masih berpeluang menyambut Hari Ibu bersama ibu mereka. Masih berpeluang mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada ibu mereka.

Sayangku Az, akan balik ke kampung berjumpa ibu nya. Ibunya sangat sayang padanya. Aku terasa iri hati pada Az. Maafkan iz, Az.

Pada insan-insan yang lain. Hargai lah ibu anda ketika dia masih hidup didunia ini. Janganlah kamu mempersia-siakan hidupnya.

Bagi insan-insan yang senasib denganku, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah bagi yang masih hidup mahupun yang telah tiada didunia terutama pada orang tua kita.

Al-Fatihah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home