Mendiamkan diri.....
Hari ini, aku melakukan kerja-kerjaku seperti biasa.
Melihat gelagat kawan-kawan yang masih sibuk dengan "Hari Ibu" mereka, aku menjadi iri hati. Tanpa disedari, aku ditegur...
"Eh... Kau kenapa ni? Macam tak bersemangat aja" Tanya Zal.
"Hmm.... Aku ok jer. Takde apa-apa masalah. Kau dah siapkan kerja XXXXX tu??"
Aku cuba mengubah topik.
Lalu Zal menjawab "Aku dah siapkan. Kau nak tengok ker?"
"Hmm... Aku nak tengok." Kataku.
Ya, sememangnya aku tidak bersemangat pada hari ini.
Banyak faktor yang menganggu fikiranku.
Kepalaku diserang sakit lagi. Lantas dengan segera aku mengeluarkan ubat penahan sakit untuk meredakan sakit kepalaku. Aku tidak banyak bercakap ditempat kerja. Hanya mendiamkan diri sahaja sambil melakukan kerja-kerjaku.
Sayangku Az... Sudah lama dia tidak menghantar atau membalas SMS dariku. Apatah lagi mahu menjawab panggilan telefon dariku. Sudah terlalu lama dia menyepi.
Aku menjadi bingung dan gelisah. Bermacam-macam tanggapan didalam fikiranku.
Adakah dia masih menyayangi atau membenci ku?
Adakah dia hanya mendiamkan diri untuk menghukumku?
Adakah dia sudah menjumpai yang lebih baik dan sempurna dari ku?
Adakah dia sudah tidak memerlukan diriku didalam hidupnya?
Aarrrgghhh... Terlalu banyak aku berfikir, bertambah sakit kepalaku.
Batinku terlalu terseksa dan merasakan tidak adil bagi diriku diperlakukan sedemikian.
Semalam aku menghantar dua SMS kepada Az. Tapi, sampai sekarang aku belum mendapat sebarang balasan SMS darinya.
<< Home