Sunday, May 06, 2007

Hari yang meletihkan....

Aku hari ni berada di Seremban, rumah kawanku.
Semalam, aku tidak dapat melenakan diri. Kepalaku masih lagi sakit.
Aku mengambil keputusan menonton DVD Anime Jepun iaitu Gensomaden Saiyuki season Reload sehingga pagi.

Kawan ku Shah dan Saiful, mengajakku ke kenduri kahwin kawan sekolah mereka di Batu Caves.
Perjalanan bermula pada jam 11 pagi.
Sesudah sampai tempat yang dituju, keadaan yang sesak dengan tetamu yang ramai membuatkan aku sedikit merasa rimas. Kepalaku mula sakit, tetapi aku cuba untuk mengawal reaksi ku agar kawan-kawanku tidak perasan akan keadaan ku yang sebenar.

Selepas itu, kami bersama-sama kawan-kawan yang lain minum di restoran yang berdekatan dengan Stadium Selayang. Aku cuma mendiamkan diri sambil melihat gelagat kawan-kawanku bersembang. Shah mula perasan sikapku yang mendiamkan diri.

"Awat hang senyap...? Meh lah sembang ngan kami. Hang letih ka...?"

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Takpa lah, sat lagi kita gerak nak balik. Ok."

Aku mengangguk dan senyum.

Bermula dari Toll Shah Alam, aku tidur didalam kereta. Badan ku terlalu letih dan kepalaku bertambah sakit.
Saiful mula mengejutkan aku daripada tidur apabila kami sampai di Toll Senawang.
Aku mamai dan mula bertanya...

"La ni kita dah ada kt mana?"

"Kita dah sampai Thailand... huhuhu..." Gurau Saiful.

"Kita dah sampai Senawang, sat lagi nak sampai rumah." Katanya lagi.

Sesudah sampai dirumah pada jam 7 malam, aku terus baring diatas sofa.
Aku terjaga pada jam 10 malam. Aku mandi dan makan ubat.

Malam ini, aku masih tidak dapat melenakan diri.
Aku menghantar SMS pada Az.
Ketika itu, Az sangat bersedih hati. Mungkin disebabkan dia telah mengetahui kondisi kesihatanku ataupun perkara lain yang menyebabkan dia bersedih. Dia tidak mahu menceritakan kepadaku kenapa dia bersedih.

Tiba-tiba perut ku terasa sangat lapar. Shah mengajak ku makan di luar.
Aku memandang muka Shah, sahabat yang paling aku sayang. Aku menganggapnya seperti adik beradikku sendiri. Aku tidak mahu merahsiakan keadaanku padanya.

Aku menceritakan segala-galanya pada Shah. Dia terkejut kecil dan menegurku kenapa baru sekarang mahu menceritakan segalanya padanya. Aku hanya mampu mendiamkan diri.

Setelah makan, kami balik ke rumah. Tidak ada apa-apa topik yang disembangkan, kami hanya membisu sahaja di dalam kereta sehinggalah kami sampai dirumah.
Ketika berada didalam bilik, aku meminta maaf padanya dan aku memohon padannya agar merahsiakan hal ini dari kawan-kawan yang lain.


Az... Janganlah Az bersedih lagi. Kalau Az sedih, iz lagi bertambah sedih dan pilu....

Shah, engkaulah sahabatku yang paling baik sekali. Maafkan aku kerana merahsiakan hal ini pada kamu...

2 Comments:

At May 8, 2007 at 2:20 AM , Blogger missdiary said...

doalah selalu moga kesihatan baik2 sahaja.sy doakan moga2 incik faiziq bebaik dan sihat.dugaan Allah utk hamba yang disayang olehNYA/

p/s::kasiii ajee laa kat MU musim ni..dah kempunan MU tu..dah bape thn tak dapat.kat 4 thn tak silap.kasi je la..TGU aje next season:))

 
At May 8, 2007 at 2:23 AM , Blogger -fAiZiQ- said...

Terima kasih missdiary.Saya sentiasa mendoakan kesihatan saya bertambah sihat.


p/s: huh... xbleh kasi can langsung. Geram tul MU menang EPL...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home