Mee Hoon, Teh Tarik Gelas Besar dan 1 Jam.
Petang semalam, rakan sekerja ku meninggalkan motorsikal nya dirumahku kerana dia balik ke kampung. Badanku letih-letih kerana menyiapkan sisa-sisa kerja yang masih banyak.
Aku pulang ke rumah, lalu menghidupkan komputerku. Mendengar lagu sambil berbaring memikirkan banyak perkara. Aku masih teringat lagi kali pertama aku mula banyak berfikir seperti ini ketika ku di tingkatan dua.
Aku membersihkan diri dan bersiap untuk keluar makan malam diluar. Aku berhenti dan memasuki sebuah kedai. Sambil mata ku menjamu melihat barang-barang , aku teringat akan hadiah harijadi untuk Athirah (tyrexia). Aku ingin memberi sesuatu yang lain dari yang lain. Ya, aku sudah membelinya. Aku harap dia akan terima pemberianku ini.
Aku pergi ke gerai makan dihadapan kedai tadi. Duduk, lalu disapa oleh pelayan gerai.
"Ye, order bang?" Sapa pelayan.
"Hmm... Bagi teh tarik gelas besar. Pastu, makan ape yang ade dik?" Kataku.
"Ade nasi lemak, mee hoon, mee goreng, kueh teow dan roti bakar." Jawabnya.
"Hmm... Bagi Mee Hoon." Balasku.
Tidak lama kemudian, pesananku telah sampai. Aku menghirup sedikit teh tarik dan kemudian menyuap mee hoon ke dalam mulutku. Setelah selesai, aku duduk memerhatikan gelagat orang ramai disekeliling sambil menghisap rokok.
Dalam Hatiku...
"Nasib baik handphone ni takde Camera, kalo tak dah lama amik gambar. Huhuhuhu...." Bisik hatiku.
Sambil memerhatikan gelagat orang ramai, ada juga yang sedang memerhatikan ku...
Jeng... Jeng... Jeng...
Dalam hatiku berkata.
"Ahh... Biarlah dia pandang. Aku bukan nyer hensem pun, mata dah ler sepet..."
Aku lebih suka duduk lebih lama disitu, kalau balik rumah awal bukannya bukan ada benda nak dibuat. Bosan jadinya kerana aku seorang saja dirumah.
Tanpa disedari, aku berada disitu sudah lebih dari 1 jam. Aku berasa selesa duduk disitu sambil mataku menjamu pemandangan sekeliling. Aku membayar pesananku tadi kemudian menunggang motorsikal balik ke rumah.
Belum pernah aku duduk berseorangan di gerai makan melebihi 1 jam. Apa yang sudah terjadi pada diriku....????
4 Comments:
hey... kamu dilamun cinta ke?
hikhikhik.. *larikkkkkk
meh ksi rahsia: sy kan kalau kena usha rasa kembang semangkuk je.. hakhakhak...
er.. kamu cmtu jugak ke?? huhu~
oh ya.. mekasih byk2 kamu belikan hadiah utk sy. huhu~
*terharu*
ishh... baiknyee.. :D
lain kal call lah, haha, boleh aku teman. hehehe...
tyrexia
huh..?? dilamun cinta? ohh... tidak... huhuhuh...
wawa
huhuhu... boleh, xda masalah...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home