Friday, July 20, 2007

Budak Nakal

Malam tadi, aku bersama Az pergi ke pasaraya 'Gergasi'. Kami menuju ke kaunter menyimpan barang sebelum masuk ke dalam pasaraya. Az memberitahu ku, lelaki yang berada di kaunter menyimpan barang merenungnya sehingga membuatkan dia tidak rasa senang hati. Hati ku merasa sakit dan marah. Mahu saja aku tumbuk muka lelaki itu. Siapa yang tak marah kalau kekasih hatinya diperlakukan sedemikian.


Dirumah, ku belek-belek album lamaku. Teringat akan kembali nostalgia dan ia bermain-main dibenakku ketika itu. Nostalgia semasa di sekolah, kolej dan keluarga.

Sewaktu di tingkatan 4 dan 5, aku bersekolah di sekolah teknik dan vokasional. Aku mengambil jurusan Elektronik kerana benda-benda yang melibatkan elektronik menjadi kegemaranku sejak dulu lagi. Semasa sekolah itu, aku berubah perangai dan sikap menjadi seorang yang nakal dan jahat.

Aku rasa ini mungkin kerana aku jauh dari keluarga ku. Jarak antara sekolah dan rumah lebih kurang 108KM. Aku mula bergaul dengan rakan-rakan yang nakal. Mula menjadi seorang perokok yang tegar, tidak mendengar cakap cikgu, setiap minggu selalu dirotan di bontot oleh warden asrama kerana balik tanpa kebenaran dan macam-macam lagi yang telah aku lakukan.

iya lah... Zaman remaja memang selalu jadi hal-hal sebegitu. Sentiasa memikirkan keseronokan,
kepuasan hati sendiri tanpa memikirkan hal orang lain dan selalu bertindak tanpa berfikiran yang waras dan matang.

Walaupun perangaiku sedemikian, keputusan peperiksaan tetap membanggakan. Aku sangat jarang menelaah buku tetapi aku sentiasa memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika didalam kelas dan berjumpa dengan guru jika ada yang tidak ku fahami dan meminta nasihat mengenai matapelajaran tersebut.

Kawan-kawan ku pun sedemikian, keputusan peperiksaan tetap membanggakan. Aku terfikir, kenapalah budak-budak 'skema' yang setiap harinya menelaah buku tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik seperti kami. Bukan aku nak membanggakan diriku dan kawan-kawanku, tetapi hakikatnya keputusan kami lebih baik dari budak skema (untuk pengetahuan anda, kami tak suka meniru dalam peperiksaan).

Statistiknya, kebanyakkan pelajar sekolah teknik yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum adalah pelajar yang selalu menimbulkan masalah.



Hmm... satu persoalan, kenapa budak-budak skema ni tak dapat keputusan yang cemerlang?


Aku menceritakan bukan untuk membanggakan diriku, tetapi ingin berkongsi pengalaman ku disekolah.
Jangan pula anda ingin menjadi nakal seperti ku agar dapat keputusan yang cemerlang.... huhuhuhuh....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home