Berjalan-jalan di Kuala Lumpur
Aku bersama rakan baik ku, 'Dr' Norazhar Bin Ahmad bertolak ke KL pada hari Jumaat lepas.
Keadaan didalam bas sedikit membosankan, namun aku cuba menghiburkan hati dengan mendengar lagu MP3 didalam telefon bimbit ku.
Aku mengalihkan pandangan ke luar cermin bas sambil menikmati keindahan alam sepanjang perjalananku.
Akhirnya, kami sampai di stesen bas Puduraya. Perut mula berkeroncong yang menandakan lapar. Kami singgah sebentar di sebuah gerai makan didalam stesen. Kami sama-sama memesan Mee Bandung. Sambil menunggu hidangan kami sampai, aku melihat gelagat manusia yang berada disitu. Bermacam-macam ragam manusia yang dapat dilihat disitu.
Hidangan yang dipesan telah sampai.
"Hmm... Sedapnya Mee Bandung ni..." Kataku.
"Hmm... Iye lah, memang sedap." Balas Azhar.
Kemudian, kami bergerak menuju ke tampat penginapan kami di "Pujangga Homestay". Kami duduk sebentar untuk melepaskan penat dihadapan Maybank Bukit Binitang. Disitu, aku juga dapat melihat ragam manusia yang berbilang bangsa mahupun dari luar negara.
Pandangan ku tertumpu pada...
"Ehh... Alat permainan baru ker...?" Kataku.
"Har, banyaknya belon sabun. Nasib baik tak kena cermin iz." Sambung ku lagi.
"A'ah.. cuba lihat lelaki cina tu. Dia main sembur-sembur je belon tu." Kata Azhar.
Sebenarnya, aku terlihat dua orang berbangsa cina sedang menyembur belon sabun dari alat permainan yang dijualnya iaitu pistol belon sabun (Bubbles Gun). Keadaan disitu ramai orang lalu-lalang.
Kami sampai ditempat penginapan kami. Walaupun bilik air terpaksa berkongsi dengan penghuni lain, tetapi keadaan biliknya sangat selesa. Kami berehat didalam bilik. Letih dibadan masih belum hilang.
Malam itu, kami keluar berjalan-jalan disekitar Bukit Bintang. Ketika itu, ramai orang Arab disitu. Aku terasa seperti bukan berada di negarku sendiri, tapi di negara Arab.
Keesokan harinya, kami keluar ke Taman Tasik Titiwangsa dengan niat mahu menaiki 'Eye On Malaysia'. Keadaan cuaca yang sangat terik dan panas membuatkan kepala ku terasa seperti dipanggang. Aku melihat roda pusing 'Eye On Malaysia', aku ingat saiznya sangat besar seperti didalam kaca tv. Namun jangkaan ku meleset, ianya tidaklah sebesar jangkaan ku. Aku masih teringat roda pusing sewaktu tahun 80an di perkarangan bangunan Yayasan Sabah dulu. Saiznya lebih dua kali ganda daripada 'Eye On Malaysia'.
Pada pusingan yang pertama, darah ku mula berderau dan terasa ghayat sedikit. Maklumlah, dah lama tak berada ditempat tinggi. Pada pusingan kedua, aku mula menyukai menaikinya. Mataku meliar melihat pemandangan kawasan KL.
Selepas itu, kami ke KLCC. Berjalan-jalan menghabiskan masa disana sementara menunggu masa untuk ke Rumpun di Restoran Nasi Kandar pelita. Apabila masa hampir tiba untuk ke Rumpun, hujan mula turun. Ini menyukarkan kami untuk ke sana. Terpaksalah kami menunggu sehinggalah hujan berhenti.
Hujan pun mula berhenti dan kami mula bergegas ke restoran tersebut berpandukan petunjuk yang telah diberikan oleh bloggers lain. Namun, usaha mencari gagal dan kami tersesat. Peluh sejuk mula membasahi dahi ku. Nasib baik ada seorang rakan datang menjemput kami di KLCC untuk ke Rumpun.
Kedatangan kami disambut oleh seorang blogger iaitu Chot. Kemudian, bersalaman dengan blogger lain. Namun tidak ramai yang kami salam. Aku terasa bloggers lain hanya sekadar memandang sahaja. Aku mula sedikit terkilan. Aku bukanlah seorang blogger yang terkenal namun aku juga manusia yang ada perasaan. Aku masih tidak menafikan kekecewaanku yang sanggup datang dari jauh ke majlis yang tak se'Rumpun' seperti itu.
Kami mencari tempat duduk yang kosong, ianya berada disuatu sudut yang hujung dan belakang.
Keadaan termpat yang sesak dan sempit membuatkan aku merasa kurang selesa sedikit ketika mengambil minuman. Aku mula terfikir, kenapalah tong minuman itu tidak diletakkan diruang makanan. Saya pasti, bloggers yang lain mesti merasa keadaan yang kurang selesa ini.
Aku mula berkenalan dengan Uncle Azwan Hadzree, Abg Bat, Abg Chot dan Abg Shutterspeak dan bersembang dengan mereka. Uncle Azwan sangat peramah orangnya, nasib baik orang sepertinya ada disitu dapat juga menghilangkan rasa bosan dan kekecewaan kecil dihati. Abang Bat mempelawa kami makan. Menunya cuma Mee Goreng, nampak seperti sedap. Tetapi rasanya sangat pedas (Maaf abang Bat, saya tak makan pedas). Aku mula meneguk air berulang-ulang kali.
Aku, Azhar dan Archmal mula mengambil keputusan untuk tidak berada lama disitu kerana kami perlu bergegas ke Putrajaya untuk menyaksikan pesta Bunga Api yang akan dipersembahkan dari Negara Itali. Kami terpaksa bergerak awal kesana kerana takut kesesakkan jalan yang melampau.
Persembahan yang sangat hebat. pelbagai bentuk dan corak bunga api dapat disaksikan.
Azhar mulai letih mengambil gambar, aku menggantikan tempatnya. Setelah persembahannya selesai, kami pulang. Badanku mulai merasa terlalu penat. Namun, aku gagahkan diri supaya tidak menampakkan diriku terlalu penat.
Setelah sampai ditempat penginapan, aku membersihkan diri dan kemudian tidur. Keesokan harinya, kami balik semula ke Johor Bahru.
Keadaan majlis Rumpun, tak ser"Rumpun" yang diharapkan. Aku kecewa dengan keadaan sebegini.
4 Comments:
Faiziq, aku memohon maaf selaku wakil pihak penganjur..huhuhu..InsyaAllah perkara camni takkan berlaku lagi di masa depan.
Sori aku taktau hang takleh makan pedas..huhuhu..Tapi seronok dapat kenal kau, azhar dan archmal..Semoga ukhwah berkekalan..Amin.. ^_^
Hamboihhh nama di statekan sejibik sejibik... Nguahahahahahha
This comment has been removed by a blog administrator.
tak mengapa abg Bat. Harap, Rumpun pada masa hapadan lebih baik dari yang lepas.
Cheq ni mmg anak org utara, tp dh tak boleh mkn pedas cam dulu...kui...kui...kui....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home