Hati Yang Senang
Pagi tadi, aku bersiap-siap seawal jam 6 pagi untuk berjumpa kekasih hatiku Az.
Walaupun sudah seminggu tidak berjumpa, bagai setahun rasanya.
Aku tidak dapat melenakan diriku semalam kerana terlalu 'excited' untuk bertemu dengan Az.
Hmm... iyalah... beginilah jadinya jika seseorang itu didalam alam percintaan.
Kami bertemu di BBU dan kemudiannya bersarapan bersama-sama.
Mataku tak terlepas pandang setiap raut wajah Az yang berseri-seri pagi itu.
Aku sangat bersyukur kerana memiliki Az. Az mempunyai ciri-ciri yang selama ini ku cari.
Banyak topik yang kami sembangkan ketika itu. Badan ku letih kerana tidur yang tidak mencukupi. Namun ku gagah diri agar Az tidak menyedarinya.
Teringin pula hendak memesan kopi tongkat Ali, tetapi ku batalkan niatku.
Aku teringat pesan dari seorang kawan ku. Jangan minum kopi tongkat Ali pada waktu pagi. Kesannya kepala akan pening seperti migrain di waktu petang.
Dua hari yang lepas, aku tertonton satu iklan di kaca televisyen. Aku menjadi hairan
apabila melihat semua orang didalam iklan tersebut mengangguk-angguk kepalanya selepas meminum kopi. Baru lah ku tahu apabila di akhir iklan tersebut.
Rupa-rupanya, iklan kopi baru iaitu 'Kopi Angguk'.
Terasa gerun pula jika meminum kopi tersebut, nanti asyik mengangguk kepala saja selama 96jam (sambil menyanyikan lagu angguk-angguk geleng-geleng...).
Nasib baik aku tak minum kopi, nescafe dan buah epal merah.
Sebab semua tu ada Kafein yang boleh membuatkan aku terasa loya dan muntah.
1 Comments:
Hahahaha...
kopi angguk..
teringat kopi yg Amy Search tuh...
"Feewittt.."
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home