Tuesday, January 30, 2007

ibu

Semalam, aku tidak sempat untuk mengemaskini blook ku. Fikiran ku bercelaru apabila mendapat panggilan dari kakak ku di Sabah. Ya, aku anak kelahiran Sabah. Ayah ku berasal dari negeri Kedah dan ibu ku berasal dari Sabah. Kakak ku memberitahu kepada ku bahawa ibu sedang sakit kuat dan ayah meminta semua adik-beradik ku balik ke Sabah.


Semalaman aku tidak dapat tidur dengan lena. Perasaan yang merundum mengganggu fikiran dan jiwa ku. Air mata lelaki ku jatuh ke bumi, aku tidak putus-putus memanjatkan doa ku agar ibu ku kembali pulih semula.


Aku sangat menyayangi ibu ku kerana dia tempat ku mengadu dan bermanja-manja. Aku masih teringat sewaktu aku di darjah enam, ketika itu telinga ku dimasuki serangga iaitu Kelkatu (ada yang memanggil "Kelekatu"). Amat perit sekali apabila serangga itu masuk ke dalam telinga ku. Setiap malam aku menangis dan memanggil-manggil ibu ku. Ibu ku tidak pernah merungut walau sepatah perkataan pun apabila aku memanggilnya ditengah malam. Ibu ku menitiskan minyak Gamat ke dalam telinga ku. Ya, aku memang manja dengan ibu ku. Tetapi ibu ku tidak pernah melebih-lebihkan salah seorang anaknya, dia membahagikan kasih sayangnya dengan sama rata dan adil.

Air mata ku masih belum mahu berhenti mengalir mahupun ketika aku menaip entri ini. Walau apa sekalipun, aku tetap redha pada ketentuan ilahi.

Kasih sayang dan pengorbanan ibu ku kepada anak-anaknya tidak ternilai harganya, tak dapat ku membalas ke semuanya.

"Ya Allah, tuhan yang Maha Esa. Aku memohon kepada Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau sembuhkanlah ibu ku. Ampunilah segala dosa-dosa ibu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa dan Maha Pengampun. Amin."

ibu...................... :-((....

Monday, January 29, 2007

Hujung Minggu

Wahh... Letih ku tidak hilang lagi. Menolong sabahat ku memunggah isi rumahnya ke rumah baru pada hari sabtu yang lepas. Rumah barunya sangat cantik dan lebih besar berbanding rumah lamanya. Mempunyai 4 buah bilik dan 3 bilik air. Sewa bulanannya hanya RM350 (ini harga sewa dikawasan Seremban, mungkin ditempat lain lebih murah atau mahal).

Rakan-rakan serumahnya (sahabatku ini masih bujan dan mempunyai 5 orang rakan serumah) juga memunggahkan barang-barang mereka ke rumah baru. Baju ku habis dibasahi peluh yang memercik-mercik.

Pada keesokan harinya (hari ahad), kerja-kerja memunggah masih dilakukan.
Dalam hatiku

"Banyak nyer barang budak-budak ni...?? Cam rumah orang yang dah kawin jer..."

Perabot-perabot dan barangan elektrik masih belum dipindahkan lagi kerana tiada kenderaan yang sesuai untuk mengangkutnya ke rumah baru.

Tepat pukul 5.15ptg, aku bersiap-siap untuk pulang ke Melaka. Zam (rakan serumah Shah), menghantarku ke perhentian bas. Aku menaiki bas ke Melaka dan sampai lebih kurang 6.50ptg. Apabila turun sahaja dari bas, mataku melilau mencari teksi untuk ke rumah ku. Tiba-tiba, aku terpandang seorang pak cik pemandu teksi disitu. Aku begitu kagum dengan kebolehan pak cik itu yang begitu fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ketika bercakap dengan kawan-kawannya. Pak cik itu memandang dan senyum kepadaku, aku membalas senyumannya.

Aku melihat jam tangan ku.

"Ahh.... dah pukul 7 ni." Detik hatiku.

Aku berjalan ke arah pak cik pemandu teksi.

"Assalamualaikum pak cik. Saya nak ke *****, boleh tak?"

"Wa'alaikumussalam. Boleh, silalah naik." Jawabnya.

Sepanjang perjalanan didalam teksi ke rumahku, aku banyak bersembang dengan pak cik itu dalam pelbagai topik dan hal-hal semasa. Aku seronok bersembang dengan. Banyak kata-kata perangsang dan nasihat yang diberikan olehnya.

"Rezeki ada dimana-mana. Biar pun kau ada diploma ker, ada ijazah ker... Tup..tup... rezki kau keje jadi operator kilang. Kau harus bersyukur, kerana tuhan masih memberikan rezki pada kau walaupun kau bekerja sebagai operator kilang."

"Budak-budak zaman sekarang ni kurang dan tidak tahu menghargai susah senang mak bapak cari duit, yang diorang tahu 'enjoy' sana sini. Bile diorang dah keje esok, baru diorang tahu betapa susahnya nak mencari rezki."

Kata-kata pak cik itu membuatkan aku teringat pada ayahku. Ketika itu aku masih kecil lagi yang tidak tahu erti kehidupan. Ayahku berniaga di kaki lima kedai. Ada masa dapat untung, ada masa rugi. Pernah suatu ketika semua ahli keluargaku beralaskan perut hanya makan mee segera sahaja. Keluarga ku berubah setelah ayahku menjawat jawatan didalam sektor kerajaan.

Aku meminta pak cik untuk memberhentikan kenderaan kerana sudah sampai di rumahku.
Aku menghulurkan wang tambang dan memberi salam kepadanya sebelum masuk ke dalam rumah.


*Pernahkah kita terfikir akan kesusahan dan kepayahan ibubapa kita yang mencari rezeki untuk menyara kita????

Thursday, January 25, 2007

Sahabat

Hari ni, rancangan ku hendak ke Seremban tidak kesampaian. Terpaksalah menunggu hari esok. Rasa bosan Tahap Dewa kalau asyik duduk dalam bilik jer...

Rumah kawan ku di Seremban, dia akan berpindah ke rumah baru yang tidak jauh dari rumah lamanya. Dapatlah aku menolongnya jika aku ke sana. Dia lah kawan dan sabahat baik ku. Aku dan dia sekampung (Kampung sebelah ayahku di Kedah). Namanya Shah. Aku dulu sekampus denganya. Kami saling bantu-membantu, jika ada masalah sama-sama cuba menyelesaikannya.

Dia selalu membantu ku ketika aku berstatus "Yang Berhormat Penanam Anggur". Bukan aku malas nak keluar untuk mencari kerja, dah banyak tempat aku pergi untuk bertanyakan kerja kosong. Shah pun turut membantu ku mencari kerja. Aku tak kisah kerja apa sekalipun, yang penting dari sumber yang halal. Shah memberitahu kepada ku, ada sebuah stesen minyak memerlukan pekerja.

"Hang pi try kat stesen minyak kat hujung sana tu. Aku dah pi tanya budak kaunter kat situ. Diorang nak amik pekerja baru."

Keesokan harinya, tepat pukul 10 pagi. Aku ke stesen minyak yang dikatakan oleh Shah kepada ku. Seorang Supervisor stesen minyak itu menyuruhku mengisi borang. Setelah selesai mengisi borang, dia berkata kepada ku...

"Nanti kami akan hubungi abang dalam masa yang terdekat."

"Baiklah" Jawabku.

Selepas dua hari, aku terima satu panggilan yang tak dikenali. Rupa-rupanya panggilan dari stesen minyak tersebut yang mengatakan aku diterima untuk bekerja disitu. Tapi aku tak lama kerja disitu kerana aku telah mendapat tawaran bekerja disebuah agensi swasta di Johor Bahru.

Alhamdulillah, gaji yang ditawarkan berpatutan dengan kerja ku dan mendapat seorang majikan yang sangat baik.

Aku telah mendapat panggilan dari kekasih hatiku.

"iz, Az betul-betul minta maaf sebab tak dapat jumpa iz minggu ni. Az masih banyak keje untuk disiapkan."

"Takpe Az... Az siapkan lah keje tu. Ada masa kita jumpa ye..."

Walaupun sedih dan pilu hati ku, aku tetap bersabar dan tabah untuk menghadapinya.

*Sangat sukar untuk mendapat seorang sahabat yang sangat memahami dan sanggup menolong kita dikala susah. Tapi mencari kawan dikala senang sangat mudah dicari malah berduyun-duyun yang sanggup menjadi kawan kita dikala senang. Carilah sahabat untuk dunia dan akhirat kerana itulah yang lebih baik untuk menjamin diri diakhirat nanti.

*Kepada Az ku, iz faham situasi mu...

Wednesday, January 24, 2007

Hari ini dah masuk hari ke-4 tengkuk ku sakit.

Hari dah masuk 4 hari tengkuk ku masih sakit. Nak pusing kekiri atau ke kanan pun payah sikit. Nasib baik ada seorang kawan nak datang urutkn tengkuk ku. Hari ni banyak juga kerja, tapi ku gagahkan diri untuk menyiapkan nyer. Alhamdulillah, kerja ku siap juga. Boleh cover untuk kerja hari jumaat.

Aku dah memaklumkan pada kekasihku untuk berjumpa pada hari jumaat. Aku tak dapat menahan dan menanggung rindu yang amat mendalam. Itu pun kalau kekasih ku mempunyai masa lapang pada hari tersebut.

*Az... iz sangat merindui mu...

**Maaf, entri blook hari ini tak banyak untuk ditaip. Insyaallah, entri seterusnya lebih baik daripada hari ini.

Tuesday, January 23, 2007

Sakit Tengkuk

Masuk hari ni, dh 3 hari aku meninggalkn si dia (kekasihku) disana.
Berbalas msg setiap hari. Rindu pun makin menebal.... Ingat nk jumpe dia hujung minggu ni.
Tp x confirm pulak. :-((

Dh 2 hari tengkuk n kepala aku sakit. Entah ler, salah bantal ker salah ttuuuttt ker... OOooOOppssss...
Bertambah lak ngan kerinduan pada si dia... Keje x banyak hari ni, tp susah sket nk concentrate sbb kepala n tengkuk ku bermasalah. Terasa nk gak gi cari tukang urut. Nk urut bagi lega sket sakit tu.... Pagi td aku berjumpa ngan sorang member aku, nk mintak tolong sket. Aku minta dia tolong urutkn aku mlm ni, tp dia lak busy.
hmmm... sakit ku makin bertambah. Apa lg yg bleh aku lakukan selain dari baring kt atas katil selepas keje (sambil menggayakn kuak kupu2 n rama2 di atas katil).

Tak tahulah keadaan bile time malam nnt. Harap2 sakit ni bleh berkurangan.... (doa2 je lah)

*Aku ni kureng sket nk mkn ubat. Bukannye x suke cume kureng jer.....

Monday, January 22, 2007

Pergi Buat Sementara Waktu

Hari ni, bermulalah aku didalam dunia blog ni...
Walaupun aku membuat kesilapan ketika men"register"kan diri didlm blogspot ni,
akhirnya berjaya jugak aku....(almaklumlah, aku ni bukannyer terer sangat..)
hmmm.... Maka dengan itu, hari ni bergelarlah aku sebagai seorang "blogger"...

Aku masih teringat kisah semalam. Ketika itu, kekasih ku menghantar ku stesen bas kerana aku akan pergi ke Melaka atas urusan kerja sehingga bulan Julai.

Aku berkata padanya,

"iz pergi bukan untuk selamanya sayang.
iz pergi atas urusan kerja.
ada masa terluang kita jumpa, az jangan risau ye."

Aku cuba menunjukkan reaksi ku yang biasa, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa sedih dan pilu untuk pergi jauh dari kekasih hati ku ini... Bercucuran air mata kekasih ku jatuh ke bumi... Aku cuba menenangkan hatinya.

Sambil aku bersiap-siap, dia (kekasihku) ingin keluar mencari teksi.

"iz tunggu sini ye. az nak keluar gi cari teksi.
Senang nak ke stesen bas daripada naik bas."

Aku cuma menganggukkan kepala je...

Aku dan kekasihku sampai di sesen bas. Waktu itu, hujan rintik-rintik seolah-olah menangisi pemergian ku.

"Az tunggu sini yer, iz nak ke tandas jap. Ok."

Dia memandangku seraya berkata:

"iz jangan lame yer..."

Aku mengangguk kepala ku. Sesudah aku menunaikan hajat ku didalam tandas stesen bas. Aku meluru ke satu kedai india lantas membeli minuman tin 'Ice Lemon Tea' jenama Seasons yang juga minuman kegemaran kekasih ku. (minuman tu kegemaran ku juga...)

Waktu untuk menaiki bas sudah tiba. Sebelum itu, sempat aku berpesan padannya agar menjaga diri baik-baik dan sentiasa mengingati diri ku.
Kaki ku melangkah untuk menaiki bas, terasa berat kaki ini untuk melangkah.
Tempat duduk ku disebelah cermin/tingkap bas. Sambil ku melambai-lambai ke arah nya, dia juga membalas lambaian ku. Reaksi ku zahir ku kelihatan biasa tetapi batin ku menangis seperti orang gila. Tangan ku masih melambai-lambainya sehinggalah dia tidak kelihatan di mata ku......


Kepada sayang ku Az, jagalah diru mu baik-baik dan ingatilah iz selalu......