Monday, January 29, 2007

Hujung Minggu

Wahh... Letih ku tidak hilang lagi. Menolong sabahat ku memunggah isi rumahnya ke rumah baru pada hari sabtu yang lepas. Rumah barunya sangat cantik dan lebih besar berbanding rumah lamanya. Mempunyai 4 buah bilik dan 3 bilik air. Sewa bulanannya hanya RM350 (ini harga sewa dikawasan Seremban, mungkin ditempat lain lebih murah atau mahal).

Rakan-rakan serumahnya (sahabatku ini masih bujan dan mempunyai 5 orang rakan serumah) juga memunggahkan barang-barang mereka ke rumah baru. Baju ku habis dibasahi peluh yang memercik-mercik.

Pada keesokan harinya (hari ahad), kerja-kerja memunggah masih dilakukan.
Dalam hatiku

"Banyak nyer barang budak-budak ni...?? Cam rumah orang yang dah kawin jer..."

Perabot-perabot dan barangan elektrik masih belum dipindahkan lagi kerana tiada kenderaan yang sesuai untuk mengangkutnya ke rumah baru.

Tepat pukul 5.15ptg, aku bersiap-siap untuk pulang ke Melaka. Zam (rakan serumah Shah), menghantarku ke perhentian bas. Aku menaiki bas ke Melaka dan sampai lebih kurang 6.50ptg. Apabila turun sahaja dari bas, mataku melilau mencari teksi untuk ke rumah ku. Tiba-tiba, aku terpandang seorang pak cik pemandu teksi disitu. Aku begitu kagum dengan kebolehan pak cik itu yang begitu fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ketika bercakap dengan kawan-kawannya. Pak cik itu memandang dan senyum kepadaku, aku membalas senyumannya.

Aku melihat jam tangan ku.

"Ahh.... dah pukul 7 ni." Detik hatiku.

Aku berjalan ke arah pak cik pemandu teksi.

"Assalamualaikum pak cik. Saya nak ke *****, boleh tak?"

"Wa'alaikumussalam. Boleh, silalah naik." Jawabnya.

Sepanjang perjalanan didalam teksi ke rumahku, aku banyak bersembang dengan pak cik itu dalam pelbagai topik dan hal-hal semasa. Aku seronok bersembang dengan. Banyak kata-kata perangsang dan nasihat yang diberikan olehnya.

"Rezeki ada dimana-mana. Biar pun kau ada diploma ker, ada ijazah ker... Tup..tup... rezki kau keje jadi operator kilang. Kau harus bersyukur, kerana tuhan masih memberikan rezki pada kau walaupun kau bekerja sebagai operator kilang."

"Budak-budak zaman sekarang ni kurang dan tidak tahu menghargai susah senang mak bapak cari duit, yang diorang tahu 'enjoy' sana sini. Bile diorang dah keje esok, baru diorang tahu betapa susahnya nak mencari rezki."

Kata-kata pak cik itu membuatkan aku teringat pada ayahku. Ketika itu aku masih kecil lagi yang tidak tahu erti kehidupan. Ayahku berniaga di kaki lima kedai. Ada masa dapat untung, ada masa rugi. Pernah suatu ketika semua ahli keluargaku beralaskan perut hanya makan mee segera sahaja. Keluarga ku berubah setelah ayahku menjawat jawatan didalam sektor kerajaan.

Aku meminta pak cik untuk memberhentikan kenderaan kerana sudah sampai di rumahku.
Aku menghulurkan wang tambang dan memberi salam kepadanya sebelum masuk ke dalam rumah.


*Pernahkah kita terfikir akan kesusahan dan kepayahan ibubapa kita yang mencari rezeki untuk menyara kita????

1 Comments:

At January 29, 2007 at 8:20 AM , Blogger Azhar Ahmad said...

Dan itulah yang mematangkan kita....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home