Tuesday, January 30, 2007

ibu

Semalam, aku tidak sempat untuk mengemaskini blook ku. Fikiran ku bercelaru apabila mendapat panggilan dari kakak ku di Sabah. Ya, aku anak kelahiran Sabah. Ayah ku berasal dari negeri Kedah dan ibu ku berasal dari Sabah. Kakak ku memberitahu kepada ku bahawa ibu sedang sakit kuat dan ayah meminta semua adik-beradik ku balik ke Sabah.


Semalaman aku tidak dapat tidur dengan lena. Perasaan yang merundum mengganggu fikiran dan jiwa ku. Air mata lelaki ku jatuh ke bumi, aku tidak putus-putus memanjatkan doa ku agar ibu ku kembali pulih semula.


Aku sangat menyayangi ibu ku kerana dia tempat ku mengadu dan bermanja-manja. Aku masih teringat sewaktu aku di darjah enam, ketika itu telinga ku dimasuki serangga iaitu Kelkatu (ada yang memanggil "Kelekatu"). Amat perit sekali apabila serangga itu masuk ke dalam telinga ku. Setiap malam aku menangis dan memanggil-manggil ibu ku. Ibu ku tidak pernah merungut walau sepatah perkataan pun apabila aku memanggilnya ditengah malam. Ibu ku menitiskan minyak Gamat ke dalam telinga ku. Ya, aku memang manja dengan ibu ku. Tetapi ibu ku tidak pernah melebih-lebihkan salah seorang anaknya, dia membahagikan kasih sayangnya dengan sama rata dan adil.

Air mata ku masih belum mahu berhenti mengalir mahupun ketika aku menaip entri ini. Walau apa sekalipun, aku tetap redha pada ketentuan ilahi.

Kasih sayang dan pengorbanan ibu ku kepada anak-anaknya tidak ternilai harganya, tak dapat ku membalas ke semuanya.

"Ya Allah, tuhan yang Maha Esa. Aku memohon kepada Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau sembuhkanlah ibu ku. Ampunilah segala dosa-dosa ibu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa dan Maha Pengampun. Amin."

ibu...................... :-((....

5 Comments:

At January 30, 2007 at 10:20 PM , Blogger Azhar Ahmad said...

Iz, bersabarlah. Iz dah telefon Sabah? Mak Iz sakit apa Iz?

 
At January 31, 2007 at 3:23 PM , Blogger Wer Rahman said...

Abg Iz, wan doakan segalanya yg terbaik buat mak abg and abg jugak..... yang penting abg bersabar and apa2 nanti bagitahulah wan kat sini yer.... InsyaAllah

 
At January 31, 2007 at 5:57 PM , Blogger -fAiZiQ- said...

Azhar Ahmad
Yang iz tahu, mak tak boleh jalan dan bercakap. Skrg sakit mak dh makin teruk.

Perantau
Thanks dik Wan.

 
At February 3, 2007 at 5:52 PM , Blogger TeacherNunu said...

moga ibumu segera sembuh..doakan byk2 yer:)

 
At February 15, 2007 at 4:41 AM , Blogger -fAiZiQ- said...

Thanks nuu_ol....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home