Thursday, April 05, 2007

aku sungguh tertekan pada hari ini....

Wah... Lama juga aku tidak menulis entri didalam blogku.
Tidak mempunyai masa yang terluang akibat kesibukkan hal-hal seharian yang membuatkan aku alpa tentang kewujudan blogku ini.

Hari ini, aku sungguh tertekan.
Tengahari tadi, aku dimarahi oleh penyeliaku. Kemudian masalah ku dengan kekasih hatiku.
Adakah aku seorang yang tabah dan mempunyai semangat yang kuat? Aku sendiri pun tidak dapat menilai sejauh manakah ketabahan hati ku untuk menghadapi keadaan ini.
Mahu saja aku menangis sekuat hatiku untuk melegakan perasaan dan hatiku ini.

Ketika menghadapi keadaan ini, aku mula teringat pada arwah ibuku.
Ibuku telah meninggal dunia pada 28hb Febuari 2007. Hanya pada dia lah tempat aku mengadu. Jika arwah ibuku tahu keadaan ku sebegini, tentu dia berasa sedih. Aku redha pemergiannya dan juga ketentuan ilahi. Setiap manusia yang hidup itu akan mati dan setiap yang mati itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Aku cuba berfikiran positif, tetapi kepala ku masih sakit disebabkan tekanan yang ku hadapi.
Aku masih mencuba lagi untuk tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, tapi ia masih berlegar-legar dikotak fikiran ku.

Aku mengambil keputusan untuk tidur agar bila terjaga keesokan pagi pasti rasa tekanan itu kurang ataupun hilang. Harap-harap begitulah.....

2 Comments:

At April 6, 2007 at 4:01 AM , Blogger Azhar Ahmad said...

Kadang-kadang, bukanlah seseorang itu ingin memberikan tekanan kepada seseorang. Dia hanya ingin mengatakan perasaannya yang sebenar. Bukankah itu lebih bagus, dari menyimpan perasaan, yang akhirnya akan merobek kegembiraan di tengah ketenangan.

Biar ia jelas dan terang, agar hari-hari yang dilalui lebih indah, tanpa persoalan memusnah.

Faiziq, kamu mesti pegang selalu, kebenaran itu pahit, tetapi percayalah, ia tidak sesakit dan seperit apabila tahu diri ini didusta....

 
At April 26, 2009 at 5:38 PM , Blogger Iris said...

sabor je la kan...aku tiap minggu kena marah...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home