Sudah berpindah
Aku kini sudah berpindah tempat tinggal dan kerja.
Tapi aku masih berada di negeri Johor. Entahlah, mengapa aku sukar untuk
keluar dari negeri Johor ini.
Aku tidak dapat menahan sakit sakit hati di tempat kerja lama.
Bos lama ku seorang wanita, tapi tidak mempunyai nilai-nilai kewanitaan
yang sepatutnya. Memang jenis tak reti menghormati orang lain.
Perkataan yang terbaik bagi dirinya ialah "kurang pengajaran yang baik"
Aku telah menghantar surat perletakkan jawatan ku pada 17hb Mac dan akan menamatkan perkhidmatan pada 31hb Mac.
Tapi yang sedihnya, aku diberhentikan awal pada 22hb Mac dan terpaksa keluar dari rumah bos
yang aku sewa dengan notis 24 jam.
Aku pun tidak tahu hala tuju ku pada waktu itu. Bayangkan, secara tiba kamu diberhentikan dan dihalau keluar dari tempat tinggal kamu. Bukan setakat itu sahaja, gaji bulan pertama ku tidak mencukupi seperti didalam surat perjanjian. Katanya, gaji sebelum disahkan jawatan akan diberi ikut hari datang bekerja. Segala pembayaran kursus ditanggung sendiri. Dia hanya memberiku RM50 sahaja, lain-lain kos terpaksa ditanggung sendiri. Kenapa dia (bos) tak beritahu awal-awal ketika mengambilku bekerja disitu?!
Geram.... Hangin satu badan...
Bahkan, EPF dan SOCSO tidak dicarumnya. Padahal, dalam surat perjanjian sudah tertulis yang ianya akan dicarumkan.
Kalau kamu mahu tahu, hari pertama aku dilayan dengan layanan yang kurang menyenangkan.
Dia (Bos) memaksa budak praktikal (perempuan) mengambilku dengan menggunakan motosikal. Dia ingat aku ni lelaki yang tak bermaruah ker? Nasib tempat tu tak jauh dari stesen bas. Aku lebih sanggup hanya berjalan kaki dari menaiki motosikal bersama perempuan bukan muhrim bagi ku.
Isnin (07hb Mac) depan, aku akan ke sana untuk mengambil gaji ku untuk bulan lepas. Kalau masih tak cukup, akan ku adukan pada jabatan buruh dan KWSP. Tapi itu masih tidak mencukupi untuk membuatkan hati ku puas. Akan ku laporkan kepada Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Polis kerana memalsukan dokumen.
Dia (bos) menggunakan resume bekas pangajar terdahulu untuk memohon lesen dari Kementerian Sumber Manusia. Bekas pengajar itu juga akan ku beritahu supaya membuat laporan polis.
Hmm... Biar puas hati ku.....
Geram... Memang Geram.... (Sambil Menyanyikan lagu bertajuk Geram....)
5 Comments:
cih... hantu betul majikan nih...
lapor saja. it's the right to do anyway.
urmm...
mmg patot kena tindakan bos camtu. kasi kena skit ngan buat segala macam report tu..
dia igt, org bawahan takde hak kot..
report je...
itu hak kita sebagai seorang pekerja.
hurm... sepatutnya sebagai seorang majikan yg professional dia tidak akan berbuat sedemikian rupa.
hurm...
bawak banyak2 bersabar ye?
silakan, jangan tak report. kalau kau tak report, orang-orang selepas kau pulak kena
:)
kite kan...kene sentiasa berusaha utk hak kite..jgn bia diri dibuli! ganbatte!!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home