Wednesday, April 23, 2008

Dari E-Mail - Meh Kita Bunuh Setan...!!!

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann... dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..."."Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"

**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!! hahahahhahahah..............

12 Comments:

At April 25, 2008 at 1:27 PM , Blogger crabby said...

-he he, kelakar jugak la lawak tu..

-hari ni petama kali baca blog ni, saya baca dari awal lagi (2007). Memang menarik, macam baca cerita novel, tak jemu, nak tau lagi apa yg bakal terjadi..

-saya ingatkan awak dah berhenti merokok, kan sakit dulu doktor nasihatkan, susah ya nak berhenti..

 
At April 26, 2008 at 1:20 PM , Blogger shandye. said...

hehe...
klakar.

erm.. rindula kan chat dengan dia lagi... tapi bile eh?

hurm...

btw... chapter baru dh terbit... kalu ada kelapangan singgah le...

jgn putus kawan k?

muah2..

 
At April 27, 2008 at 5:00 PM , Blogger Lucca D Jiwa said...

hahaha... mane dapat citer ni.. layan gak..

 
At April 28, 2008 at 5:18 PM , Blogger -fAiZiQ- said...

crabby
Terima Kasih kerana sudi membaca blog sy. Sy sudah melawat blog kamu, tetapi tidak dapat nak meninggalkan apa2 komen pada entri.

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~
Sy sudah membaca chapter baru kamu.

Lucca D Jiwa
hahaha.... kawan sekampus dulu yang forwardkan email citer ni pada sy.
Layan.....

 
At April 29, 2008 at 1:42 PM , Blogger Max J. Potter said...

heh. i'd laugh out loud if im a guy. btw, you're tagged. check out my blog for more info!

 
At April 29, 2008 at 11:38 PM , Blogger merapuman said...

ok .. ok ..
siapa nak bunuh setan dengan aku :P

 
At April 30, 2008 at 9:50 AM , Blogger -fAiZiQ- said...

Hanna J. Potter
sy sudah melawat blog kamu. tp masih blom menjumpai pic yg sesuai lg...


merapuman
Nakal uncle ekkk.... Aunty kt umah tu kan ade.... hikkss....hikss....

 
At May 8, 2008 at 6:39 PM , Blogger Yazid Husain said...

kelakar lah, kesian pakcik tu hari2 bunuh setan

 
At May 9, 2008 at 1:01 PM , Blogger cik puan daun said...

faiziq: GT berharga RM20 dan bayaran pos RM3. Jika berminat saya akan bagi details. Email: cikdaun@yahoo.com.

 
At May 20, 2008 at 1:03 PM , Blogger Max J. Potter said...

woot~! bile nk jumpe gmbrnye?

 
At December 14, 2008 at 3:56 PM , Blogger Laila_Q said...

klako~

 
At November 6, 2010 at 11:23 AM , Blogger yana said...

haha. macam2...ngatkn bnuh setan cne...upe nya urm...ape2pn..klakor gak

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home