Thursday, June 25, 2009

Entri Didalam Bas

Hari ni, aku menaiki bas Transnasional ke Seremban dan kemudian akan menaiki komuter ke Kajang (rumah adikku).

Sabtu ni, aku akan melapor diri di Putrajaya. Ya, aku telah berjaya menjawat jawatan disektor kerajaan. Cuma aku belum tahu dimama akan ku dihantar. (ada cadangan negeri mana yang best untuk aku?)

Hati ku sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Yazid dan Cat. (Den mintak ampun kek ekau yo, yazid. Den tak dapek nak poie majlis ko.)

Dihati ku juga ada sedikit cemburu, melihat kawan-kawanku yang sudah berkahwin. Aku...?? Ha ha ha... Masih belum berpunya. Single and available. (ada sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk jadi kekasihku? Ha ha ha...)

Walauapapun keadaan sekarang, aku tetap meneruskan hidupku.

Aku dah mulai mengantuk, semalam tak tidur. Sibuk melayan chatting bersama awek-awek oversea. Hu hu hu...

zzzZZZzzz.....