Berikanlah Aku Ketenangan....
Sudah lama aku tidak menjenguk halaman blook ku...
Terasa rindu pula di hati...
Sebenarnya, aku ingin menenangkan fikiran ku yang bercelaru disebabkan masalah-masalah yang datang menyerang fikiran dan kehidupan ku seharian yang normal.
Aku pulang ke kampung halaman ku di Sabah. Tujuan ku hanya satu, iaitu menjenguk ibuku yang sakit. Sebelum aku menaiki pesawat, aku sempat bertemu dengan kekasih hatiku.
"isk... kapal ni ikut 'short cut' ker? Cepat pulak sampai ..." Desis ku didalam fikiran.
Kakak dan adik ku serta seorang mak cik (jiran sekampung yang rapat dengan keluarga ku) menjemput ku di Airport. Sesudah kami sampai di rumah, aku meluru masuk kedalam rumah untuk melihat keadaan ibuku. Aku mencium tangan dan pipi ibuku sambil menangis.
Aku bersalam dan cium tangan ayahku lalu bertanyakan khabarnya. Aku melihat ibuku yang semakin kurus badannya, begitu juga ayahku yang semakin kurus.
Ibuku lumpuh separuh badan dan tidak boleh bercakap (penyakit angin ahmar).
Malam itu, aku tidak dapat tidur. Aku ingin menjaga ibuku sepanjang malam. Selama aku disana, aku sememangnya tidak tidur malam kerana menjaga ibuku.
Selama aku disana, aku cuma keluar sekali sahaja. Itupun hanya sekejap sahaja, aku ke Cyber Cafe untuk membuat tempahan tiket kapal terbang secara online. Masa yang lain, aku banyak menghabiskannya untuk menjaga ibuku.
Hari sabtu, penerbangan ku balik semula ke Semenanjung Malaysia. Terasa berat kaki ku untuk melangkah. Ayahku dan pak cik (suami kepada mak cik yang menjemput ku di Airport tempoh hari) menghantar ku ke Airport.
Aku sentiasa berdoa untuk ibuku agar cepat sembuh...
Aku sangat menyayanginya...
ibu....)))))))))