Monday, February 25, 2008

Entri Saja-Saja


Wahh.... Hebatnyerrr nenek ini.....




Perintis pemuzik rock



Hari ini, badan ku letih. letih semalam masih belum reda lagi. Entri yang seterusnya akan ku ceritakan mengenai pengalaman semasa berkursus pada 23hb dan 24hb Februari.

Friday, February 22, 2008

Pepsi dan Coca-Cola

Mee Hoon, Teh Tarik Gelas Besar dan 1 Jam.

Petang semalam, rakan sekerja ku meninggalkan motorsikal nya dirumahku kerana dia balik ke kampung. Badanku letih-letih kerana menyiapkan sisa-sisa kerja yang masih banyak.

Aku pulang ke rumah, lalu menghidupkan komputerku. Mendengar lagu sambil berbaring memikirkan banyak perkara. Aku masih teringat lagi kali pertama aku mula banyak berfikir seperti ini ketika ku di tingkatan dua.

Aku membersihkan diri dan bersiap untuk keluar makan malam diluar. Aku berhenti dan memasuki sebuah kedai. Sambil mata ku menjamu melihat barang-barang , aku teringat akan hadiah harijadi untuk Athirah (tyrexia). Aku ingin memberi sesuatu yang lain dari yang lain. Ya, aku sudah membelinya. Aku harap dia akan terima pemberianku ini.

Aku pergi ke gerai makan dihadapan kedai tadi. Duduk, lalu disapa oleh pelayan gerai.

"Ye, order bang?" Sapa pelayan.

"Hmm... Bagi teh tarik gelas besar. Pastu, makan ape yang ade dik?" Kataku.

"Ade nasi lemak, mee hoon, mee goreng, kueh teow dan roti bakar." Jawabnya.

"Hmm... Bagi Mee Hoon." Balasku.

Tidak lama kemudian, pesananku telah sampai. Aku menghirup sedikit teh tarik dan kemudian menyuap mee hoon ke dalam mulutku. Setelah selesai, aku duduk memerhatikan gelagat orang ramai disekeliling sambil menghisap rokok.

Dalam Hatiku...

"Nasib baik handphone ni takde Camera, kalo tak dah lama amik gambar. Huhuhuhu...." Bisik hatiku.

Sambil memerhatikan gelagat orang ramai, ada juga yang sedang memerhatikan ku...

Jeng... Jeng... Jeng...

Dalam hatiku berkata.

"Ahh... Biarlah dia pandang. Aku bukan nyer hensem pun, mata dah ler sepet..."

Aku lebih suka duduk lebih lama disitu, kalau balik rumah awal bukannya bukan ada benda nak dibuat. Bosan jadinya kerana aku seorang saja dirumah.

Tanpa disedari, aku berada disitu sudah lebih dari 1 jam. Aku berasa selesa duduk disitu sambil mataku menjamu pemandangan sekeliling. Aku membayar pesananku tadi kemudian menunggang motorsikal balik ke rumah.



Belum pernah aku duduk berseorangan di gerai makan melebihi 1 jam. Apa yang sudah terjadi pada diriku....????

Tuesday, February 19, 2008

Ingatan Yang Mengundang Kenangan

Happy Valentine Day..... Happy V day....

Macam biasalah gula-gula, coklat, bunga dan macam-macam lagi benda-benda yang berkaitan pada hari tersebut.

Aku...

Aku pada tahun ini keseorangan. Tidak seperti pada tahun lepas. Kenangan mula mengusik fikiran ku.

"Aahhhhh........... Buat apa dikenang lagi jika orang tidak lagi suka pada kita" Jerit didalam hatiku.

Hatiku menangis.

Mengapalah hatiku sentiasa dilukai?

Adakah aku dilahirkan untuk dilukai?



Aku mengalihkan fikiranku kepada perkara lain. Hujung minggu ini aku akan pergi berkursus selama dua hari di Kelana Jaya. Aku mula mencari peta Kelana Jaya didalam internet supaya mudah nak ke sana. Tidaklah aku akan sesat nanti.


Aaahhh.... Kerja-kerja ku masih banyak...

Tuesday, February 12, 2008

Kerja Baru



Bulan ini, aku telah memulakan kerja baru ku, masih berada di negeri Johor.
Banyak tawaran kerja yang aku terpaksa tolak. Entah mengapa aku sukar untuk keluar dari negeri Johor ini. Walaupun kenangan pahit manis banyak disini.

Aku kini bekerja sebagai seorang pengajar MLVK bidang Komputer di sebuah institut swasta. Semalam, badan ku letih-letih menguruskan pelajar-pelajar yang telah tamat latihannya disini. Aku terpaksa akur kerana ini adalah pilihanku sendiri untuk bekerja dalam bidang ini.

p/s: Tidak banyak untuk aku ceritakan pada entri kali ini kerana ingatan ku sentiasa beralih pada kertas soalan yang belum siap. Huhuhuhu.....