Tuesday, April 10, 2007

Runsingnya aku hari ini......

Badan ku letih hari ini. Entah kenapa, aku sendiri pun tidak mengetahuinya.
Hari Jumaat yang lepas, aku pergi ke KL. Aku pergi ke Plaza Low Yat untuk membeli Mouse (tetikus) baru, Mouse ku yang lama sudah dimakan kucing. hehehehe....
Sambil berjalan-jalan, melihat harga barang disetiap kedai. Dalam hatiku, ingin juga membeli Hard disk baru. Tapi kewangan ku tidak mencukupi, tidak mengapa hujung minggu aku akan ke sana semula.

Fikiran ku akhir-akhir ini, runsing.... tapi buat masa ini tidak mahu menceritakan apa-apa mengenainya. Telefon bimbit ku berbunyi menandakan pesanan ringkas (SMS) masuk. SMS dari sayangku Az, bertanyakan khabar kepada ku. Tapi aku membalasnya dengan memberitahu aku tidak mahu diganggu buat masa ini. Aku mahu menenangkan fikiranku yang masih bercelaru dan tidak mahu diganggu ketika ini.

Harap sayang faham keadaan iz sekarang.... :-((

Thursday, April 05, 2007

aku sungguh tertekan pada hari ini....

Wah... Lama juga aku tidak menulis entri didalam blogku.
Tidak mempunyai masa yang terluang akibat kesibukkan hal-hal seharian yang membuatkan aku alpa tentang kewujudan blogku ini.

Hari ini, aku sungguh tertekan.
Tengahari tadi, aku dimarahi oleh penyeliaku. Kemudian masalah ku dengan kekasih hatiku.
Adakah aku seorang yang tabah dan mempunyai semangat yang kuat? Aku sendiri pun tidak dapat menilai sejauh manakah ketabahan hati ku untuk menghadapi keadaan ini.
Mahu saja aku menangis sekuat hatiku untuk melegakan perasaan dan hatiku ini.

Ketika menghadapi keadaan ini, aku mula teringat pada arwah ibuku.
Ibuku telah meninggal dunia pada 28hb Febuari 2007. Hanya pada dia lah tempat aku mengadu. Jika arwah ibuku tahu keadaan ku sebegini, tentu dia berasa sedih. Aku redha pemergiannya dan juga ketentuan ilahi. Setiap manusia yang hidup itu akan mati dan setiap yang mati itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Aku cuba berfikiran positif, tetapi kepala ku masih sakit disebabkan tekanan yang ku hadapi.
Aku masih mencuba lagi untuk tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, tapi ia masih berlegar-legar dikotak fikiran ku.

Aku mengambil keputusan untuk tidur agar bila terjaga keesokan pagi pasti rasa tekanan itu kurang ataupun hilang. Harap-harap begitulah.....